awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
Dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan perjelas di Parlimen - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zayn Rayyan: ‘Kami mangsa ketidakadilan’ - Ismanira

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
31/10/2025
11:44 MYT
Kes Zayn Rayyan: ‘Kami mangsa ketidakadilan’ - Ismanira
Kenyataan yang dibuat di Instagram milik Ismanira Abdul Manaf, yang mendakwa keluarga mereka menjadi mangsa ketidakadilan undang-undang.
KUALA LUMPUR : Satu kenyataan telah dimuat naik di akaun Instagram milik ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf, beberapa jam selepas beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Menerusi IG Story yang dimuat naik tengah hari tadi, pengendali akaun berkenaan mendakwa keluarga mereka menjadi mangsa ketidakadilan undang-undang.
“Saya mendoakan semua yang terlibat dalam penganiayaan, termasuk yang memfitnah kami, akan dilaknat Allah.
"Kepada pembunuh anak saya yang masih bebas di luar sana, semoga dibinasakan Allah di dunia dan akhirat.
"Ini adalah penindasan terhadap rakyat marhaen. Kami mangsa ketidakadilan,” dakwa hantaran itu.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira, 30, selepas didapati bersalah mengabaikan anak lelakinya yang juga kanak-kanak autistik, dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitan, dan menolak permohonan peguam bela, Haresh Mahadevan, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Ismanira kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman.
Menurut pertuduhan pindaan, Ismanira sebagai penjaga kepada Zayn Rayyan, yang berusia enam tahun ketika kejadian, didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Perbuatan itu didakwa berlaku di sekitar Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran antara jam 12 tengah hari 5 Disember hingga 9.55 malam 6 Disember 2023.
Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran apartmen berkenaan kira-kira jam 10 malam, 6 Disember 2023, selepas dilaporkan hilang.
Topic Berkaitan
#Ismanira Abdul Manaf
#Zayn Rayyan
#Mahkamah Sesyen
#pengabaian
#Hukuman
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan