KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,719 saman dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan tertinggi direkodkan ialah halangan lalu lintas sebanyak 3,712 kes.
"Selebihnya ialah letak kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (247), tiada lesen memandu (110), nombor pendaftaran (30), tidak patuh lampu isyarat merah (27), berhenti di petak kuning (7) dan lain-lain (586).
"Operasi dengan kerjasama pasukan sahabat iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 30 saman," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, tiga kenderaan iaitu satu lori dan dua motosikal turut disita sepanjang operasi terbabit.
Menurutnya, polis turut melakukan 13 tangkapan atas pelbagai kesalahan seperti kes dadah dan memandu mabuk.
Rabu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 hingga 29 September.
Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
Tiga agensi yang terlibat dalam operasi fasa kedua ini ialah JPJ, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Untuk info, JSPT Kuala Lumpur telah mengeluarkan sebanyak 157,000 saman sepanjang tempoh pelaksanaan Operasi Fasa 1 bermula 1 Julai hingga 31 Julai lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 16 2023

JSPT Kuala Lumpur melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula Jumaat. - Foto Polis KL

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Tun Mahathir tolak tuduhan salah guna kuasa kes mahkamah Ahmad Zahid
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau menggunakan kuasa untuk membawa kes berkaitan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke mahkamah.

Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).

'Kesalahan halangan lalu lintas paling tinggi' - JSPT
Sebanyak 4,719 saman dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara pada Jumaat.

Generasi muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan muda perlu disedarkan tentang nikmat kemerdekaan supaya mereka memahami kepentingan menjaga keharmonian dan dan kedaulatan negara.

Dr Mahathir perlu henti kelirukan rakyat libat isu 3R - Tiong
Tiong berkata, pemimpin seharusnya mencontohi sikap Tun Abdullah yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.

Mengisi merdeka itu jauh lebih sukar - Tun M
Menurutnya, apa yang dikecapi negara pada masa ini tidak dinikmati rakyat sebelum merdeka.

PDRM sahkan rekod keterangan Tun M berhubung isu hina institusi diraja
Turut diambil keterangan bagi membantu siasatan adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Wira Marzuki Yahya.

Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

PRN: Peluang cerah buat PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu - Tun M
Perikatan Nasional juga ada peluang rampas Selangor dan Negeri Sembilan, namun, sukar untuk tawan Pulau Pinang.

PRN: Tun M seru orang ramai keluar mengundi, tentukan kerajaan negeri dan masa depan
PRN kali ini, kata Dr Mahathir, platform penting bagi rakyat yang terlibat untuk menentukan masa depan mereka lima tahun akan datang.