KUALA LUMPUR: Ketua isi rumah di kawasan bandar masih bergelut untuk mendapatkan pekerjaan susulan siri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
Malah, pengangguran dalam kalangan ketua isi rumah kekal tinggi dan pendapatan kekal rendah berbanding tahap sebelum krisis.
Itu antara dapatan Siri Keempat Kajian Keluarga di Pinggiran oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).
"Walaupun kadar pengangguran dalam kalangan ketua keluarga yang menyertai kajian berkurangan sejak Disember, ia masih pada kadar 12 peratus iaitu 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding pra-krisis.
"Kadar pengangguran dalam kalangan ketua keluarga wanita kekal 16 peratus, atau lebih kurang tiga kali ganda berbanding purata nasional," memetik laporan itu.
Selain itu, laporan tersebut turut mendapati keseluruhan pendapatan penengah tidak termasuk bantuan kewangan kekal lima peratus lebih rendah berbanding sebelum krisis COVID-19 berlaku.
"Biarpun pendapatan keluarga yang diketuai wanita dan orang kurang upaya sudah kembali pulih ke tahap sebelum krisis, tahap pendapatan mereka masih rendah iaitu masing-masing pada tahap RM1,300 dan RM1,200," menurut laporan itu.
Sementara itu, peserta kajian turut mempunyai akses yang rendah kepada perlindungan pekerjaan, sekali gus bantuan kerajaan adalah penting untuk melindungi kesejahteraan hidup mereka.
"45 peratus ketua keluarga yang bekerja tidak berdaftar sama ada dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahupun Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Angka ini lebih tinggi dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri, dengan sembilan daripada 10 langsung tidak mempunyai perlindungan pekerjaan.
"Dalam kalangan keseluruhan mereka yang terlibat dalam kajian ini, insiden pekerja tidak formal lebih tinggi iaitu 34 peratus berbanding purata nasional (23 peratus).
Kajian itu juga mendapati, bantuan sosial langsung dari kerajaan kini adalah 11 peratus daripada keseluruhan pendapatan isi rumah, meningkat kepada 19 peratus bagi keluarga yang diketuai wanita dan 36 peratus bagi keluarga yang diketuai orang kurang upaya.
"Satu daripada tiga ketua isi rumah dan empat daripada 10 ketua isi rumah wanita bergantung pada bantuan kerajaan untuk menangani masalah kewangan.
"Bagaimanapun, hampir empat daripada 10 ketua isi rumah terpaksa menggunakan simpanan mereka untuk menampung pendapatan yang berkurangan.
"Walaupun bantuan kerajaan membantu, lebih daripada separuh keluarga masih tidak mampu memenuhi perbelanjaan asas," memetik laporan itu.
Laporan itu mendapati, lebih kurang enam daripada 10 responden tidak dapat membeli makanan yang cukup untuk keluarga mereka, sementara satu daripada dua tidak dapat sama ada membayar bil utiliti, hutang rumah, dan sewa rumah pada masanya.
Pada masa sama, satu daripada empat responden menyatakan mereka masih terpaksa mengurangkan pengambilan makanan sementara lebih kurang satu daripada tiga mengatakan mereka sukar atau sangat sukar untuk menyediakan wang yang cukup kepada anak-anak untuk membeli makanan di sekolah.
Projek kajian Keluarga di Pinggiran ditaja oleh UNICEF dan UNFPA itu adalah bagi membantu penggubalan dasar dan menggalakkan wacana umum mengenai kesan pandemik COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak dalam keluarga berpendapatan rendah di bandar di Malaysia.
Projek ini melibatkan kajian ke atas 500 keluarga berpendapatan rendah yang mendiami 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.
Harits Asyraf Hasnan
Tue May 11 2021

Kadar pengangguran dalam kalangan ketua keluarga wanita kekal 16 peratus, atau lebih kurang tiga kali ganda berbanding purata nasional. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.

Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.