awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bass Limp Bizkit meninggal dunia

Gempak
Gempak
19/10/2025
09:45 MYT
Pemain bass Limp Bizkit meninggal dunia
Punca kematian tidak didedahkan, namun Rivers sebelum ini pernah berdepan masalah kesihatan hati akibat ketagihan alkohol sejak zaman persekolahan. - Gambar/ Gempak
DUNIA muzik antarabangsa kehilangan seorang lagi figura penting apabila pemain bass kumpulan nu metal terkenal, Limp Bizkit, Sam Rivers disahkan meninggal dunia pada usia 48 tahun semalam, lapor Variety.

Ringkasan AI
  • Dunia muzik antarabangsa kehilangan pemain bass kumpulan nu metal terkenal, Limp Bizkit, Sam Rivers yang meninggal dunia pada usia 48 tahun pada 18 Oktober, seperti dilaporkan *Variety*.
  • Kumpulan itu menyifatkan Rivers sebagai -magis- dan -nadi- mereka, manakala punca kematian tidak didedahkan; beliau sebelum ini pernah menjalani pembedahan hati akibat masalah kesihatan berkaitan alkohol.
  • Rivers kembali bersama Limp Bizkit pada 2018 selepas pulih dan terus dikenang atas sumbangannya dalam membentuk identiti muzik kumpulan yang popular dengan lagu *Just Like This* dan *Break Stuff*.

Berita duka itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi kumpulan berkenaan yang menyifatkan pemergian Rivers sebagai kehilangan besar buat keluarga dan dunia muzik.
“Sam Rivers bukan hanya pemain bass kami, dia adalah magis kami. Setiap lagu yang dimainkan tenang dalam ‘kebisingan’. Sejak pertama kali kami bermain bersama, dia telah membawa cahaya yang tidak boleh diganti,” menurut kenyataan kumpulan itu.
Punca kematian tidak didedahkan, namun Rivers sebelum ini pernah berdepan masalah kesihatan hati akibat ketagihan alkohol sejak zaman persekolahan.
Beliau pernah meninggalkan kumpulan itu untuk menjalani pembedahan hati sebelum kembali aktif bersama Limp Bizkit pada 2018.
Rakan-rakan sepasukan seperti Fred Durst, John Otto, Wes Borland dan DJ Lethal turut menzahirkan penghargaan dan kesedihan atas pemergian mendiang, menyifatkan muziknya akan terus hidup dalam kenangan peminat.
Limp Bizkit yang popular dengan lagu seperti Just Like This dan Break Stuff merupakan antara pelopor genre nu metal yang mencetus fenomena global pada era 2000. - Gempak
Topic Berkaitan
#Limp Bizkit
#pemain bass
#meninggal dunia
#Sam Rivers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan