awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian

Bernama
Bernama
19/08/2024
12:30 MYT
Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian
Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menentukan bagaimana cukai karbon akan dilaksanakan di Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan cukai karbon sebagai dorongan kepada syarikat tempatan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menentukan bagaimana cukai karbon akan dilaksanakan di Malaysia.
"Malah, perkara ini telahpun dibincangkan dengan Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan dan MOF diberikan garis masa untuk menelitinya.
"Saya rasa MOF memerlukan lebih masa kerana mereka perlu mengkaji (perkara ini) secara holistik," katanya kepada pemberita pada sidang media pengumuman Strategi Pelaburan Hijau, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan cukai karbon tidak akan dibuat dalam tempoh terdekat kerana persediaan untuk melaksanakannya dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.
Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab soalan sejauh mana ketelusan MITI apabila menggunakan pendekatan 'carrot-and-stick' (insentif dan penalti) bagi menggalakkan pelaburan hijau.
"Sebagai contoh, satu sektor di bawah sektor pembuatan menyumbang hampir 25 peratus daripada pelepasan karbon dan ia merupakan satu-satunya sektor yang terlibat. Jadi apa yang perlu kita lakukan? sudah tentunya kita ada pendekatan 'stick' (penalti), kita perlu memastikan syarikat-syarikat mematuhinya," katanya.
Tengku Zafrul berkata pendekatan itu akan lebih mudah dan jelas dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada syarikat tempatan.
"Tetapi kita perlu mempunyai kedua-duanya pada masa yang sama, kita tidak boleh hanya ada 'stick' (penalti) sahaja tanpa ada 'carrot' (insentif) dan begitu juga sebaliknya," katanya sambil menambah syarikat tempatan tidak dapat bersaing secara sama rata sekiranya cukai karbon tidak dilaksanakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#pelaburan
#penalti
#cukai karbon
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan