awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo

Bernama
Bernama
02/02/2026
21:00 MYT
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Prabowo berkata bahan tersebut akan disalurkan bagi menyokong, antara lain, pengeluaran biodiesel dan bahan api penerbangan domestik. - Foto fail/BERNAMA
JAKARTA: Dalam usaha menyokong matlamat sara diri tenaga, Indonesia merancang untuk menyekat eksport sisa minyak sawit termasuk minyak masak terpakai, bagi memastikan bahan berkenaan diutamakan untuk kegunaan domestik.
Presiden Prabowo Subianto berkata bahan tersebut akan disalurkan bagi menyokong, antara lain, pengeluaran biodiesel dan bahan api penerbangan domestik.
"Sisa minyak sawit, minyak masak terpakai, boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk bahan api penerbangan. Oleh itu, dengan memohon maaf kepada negara-negara lain, saya akan menghentikan eksport tersebut.
"Saya melarang eksport sisa minyak sawit dan minyak masak terpakai. Ia mesti terlebih dahulu memenuhi kepentingan rakyat Indonesia," katanya dalam ucapan semasa Mesyuarat Penyelarasan Nasional (Rakornas) kerajaan pusat dan wilayah di Sentul, Daerah Bogor, Jawa Barat, pada Isnin.
Video ucapan beliau itu dikongsikan di media sosial.
Prabowo berkata usaha memperluas pembangunan tenaga berasaskan sawit akan membantu mengurangkan pergantungan Indonesia terhadap import tenaga.
Beliau menambah bahawa Indonesia berhasrat bukan sahaja untuk mencapai sara diri biodiesel tetapi juga menjadi antara pengeluar bahan api penerbangan terbesar di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#larang eksport sisa minyak sawit
#Prabowo Subianto
#minyak masak terpakai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan