Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini.
Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis pada pukul 3.00 petang itu dimulai dengan irama lagu kebangsaan 'Negara-Ku' dimainkan di Balairung Seri, di istana berkenaan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir menyaksikan majlis itu di samping Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang.
Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman pembentukan kabinet baharu semalam.
Menteri-menteri itu dibahagikan kepada lima kumpulan dengan kumpulan pertama seramai tujuh orang terdiri daripada empat Menteri Kanan - Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri (Menteri Pertahanan), Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya) dan Menteri Pendidikan Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Tiga lagi dalam kumpulan itu ialah Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan) dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Kumpulan kedua pula terdiri daripada tujuh orang iaitu; Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan (Menteri Sumber Manusia), Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita dan Keluarga) dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi).
Yang lain ialah Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas), Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Ekonomi).
Kumpulan ketiga pula terdiri daripada Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri), Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Menteri Pembangunan Luar Bandar).
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Ahli Parlimen Lenggong Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) juga dalam kumpulan itu.
Kumpulan keempat pula meliputi Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).
Turut di dalam kumpulan itu ialah Ahli Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).
Kumpulan terakhir, kumpulan 5, terdiri daripada Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan).
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Parlimen dan Undang-undang), Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan terakhir Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama) pun berada dalam kumpulan itu.
Selepas menteri-menteri itu, giliran 37 timbalan menteri pula mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020
Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan. - Foto Astro AWANI
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19
Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.
Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda.
COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas
Ia dijangka memanfaatkan 600 usahawan di bawah MARA.
PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar
Anwar berkata, pemerintahan PH lebih terarah kepada cara memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara yang lebih bertanggungjawab.
Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilakukan secara dalam talian, pada Jumaat.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.