awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesemua universiti awam kini berstatus autonomi

Bernama
Bernama
04/10/2018
16:27 MYT
Kesemua universiti awam kini berstatus autonomi
Antara enam universiti yang menerima watikah autonomi hari ini ialah Universiti Malaysia Sabah.
Kesemua 20 universiti awam (UA) di negara ini kini berstatus autonomi selepas enam UA terakhir menerima watikah autonomi daripada Kementerian Pendidikan hari ini.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata status autonomi memberikan kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Lembaga Gabenor Universiti masing-masing membuat apa juga keputusan.
"Autonomi adalah penurunan kuasa yang membolehkan universiti bergerak dengan berkesan bagi mencapai kecemerlangan dan memperkasakan institut pengajian tinggi awam ke peringkat dunia.
"Status autonomi juga membolehkan universiti Iebih fleksibel dalam membuat keputusan bagi menentukan hala tuju mereka termasuk dari segi kewangan dan pengurusan sumber manusia," katanya.
Menurut kenyataan itu, meskipun UA mempunyai kuasa untuk mengurus sumber tanpa perlu merujuk kepada agensi pusat, UA perlu mematuhi prinsip asas kerana autonomi UA bukan bersifat mutlak dan masih tertakluk kepada pengarahan am pendidikan tinggi, strategi dan dasar kerajaan serta kementerian.
Program pelaksanaan autonomi UA diperkenalkan pada 2012 di bawah pelan tindakan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara bagi mengubah paradigma UA ke arah pengurusan pendidikan tinggi yang lebih berkesan.
"Penurunan kuasa ini dilakukan secara berperingkat kerana memerlukan rundingan antara Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi pusat," demikian menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, 14 UA telah mendapat status autonomi masing-masing.
Enam universiti yang menerima watikah autonomi hari ini ialah Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#autonomi
#universiti
#Universiti Malaysia Kelantan
#Universiti Malaysia Perlis
#Universiti Malaysia Sabah
#Universiti Perguruan Sultan Idris
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#Universiti Sultan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan