awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan di MRT Pasar Seni: Prasarana ambil langkah penambahbaikan

Bernama
Bernama
30/11/2024
03:00 MYT
Kesesakan di MRT Pasar Seni: Prasarana ambil langkah penambahbaikan
Prasarana melakukan penambahbaikan antaranya menyusun semula penempatan Polis Bantuan di kawasan utama yang mempunyai risiko keselamatan.
KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) pengurusan penumpang terutama ketika waktu puncak susulan isu kesesakan di Stesen MRT Pasar Seni yang tular di media sosial pada 26 Nov lepas.
Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu dilaporkan berlaku pada waktu puncak sekitar 6.45 petang akibat kelewatan jadual perjalanan sebuah tren, menyebabkan pergerakan penumpang terganggu dan mengakibatkan kesesakan di platform Stesen MRT Pasar Seni.
Bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, Prasarana melakukan penambahbaikan antaranya menyusun semula penempatan Polis Bantuan di kawasan utama yang mempunyai risiko keselamatan seperti platform dan eskalator untuk memastikan kawalan keselamatan lebih efektif.
Selain itu, pemantauan lebih kerap turut dijalankan bagi meninjau kepadatan penumpang di stesen terutama di platform ketika waktu puncak.
"Ini membolehkan pasukan Polis Bantuan bertindak dengan lebih cepat dan menempatkan anggotanya di kawasan kritikal," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, perkhidmatan MRT Laluan Kajang akan dipertingkatkan dengan penambahan bilangan tren daripada 39 kepada 42 tren menjelang Mac 2025, bertujuan meningkatkan kapasiti tren dan mengurangkan kesesakan di stesen sepanjang Laluan Kajang.
Selain peningkatan jumlah tren, Prasarana memaklumkan kekerapan tren turut dipendekkan daripada empat minit pada masa ini kepada 3.7 minit, sekali gus mengurangkan waktu menunggu di platform terutama pada waktu puncak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasarana
#Stesen MRT Pasar Seni
#penambahbaikan
#waktu puncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan