TRAFIK perlahan dari Damansara ke Plaza Tol Sunway setelah berlakunya banjir kilat di Puchong petang tadi.

Menerusi laman Facebook Astro Radio Traffic, pihak berkuasa melaporkan banjir berlaku di kawasan berhampiran pusat beli-belah IOI, Puchong.

Walaupun sudah surut namun trafik masih bergerak perlahan di-kedua-dua arah, khususnya dari Damansara ke Sunway.



Sementara itu, netizen turut kongsi gambar situasi banjir di Puchong.