KUALA LUMPUR: Mempertingkat kesiapsiagaan dalam mendepani gelombang atau pandemik baharu adalah antara isu yang perlu diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi memastikan sektor kesihatan negara berada pada tahap terbaik.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan am Dr Hanafiah Bashirun berkata kesiapsiagaan itu antaranya membabitkan penambahan alat bantuan pernafasan serta kesediaan membangunkan hospital medan pada waktu kritikal.
"Kalau pandemik ini berlaku lagi, mungkin ada virus baharu dan pandemik baharu, kita tak tahu. Oleh itu, kita hendaklah pastikan tenaga kerja kesihatan sentiasa mencukupi sesuai dengan situasi semasa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar pula berkata memandangkan negara akan beralih ke fasa endemik, terdapat tiga perkara penting yang perlu ditumpukan dalam RMK12 termasuk memantapkan pengawasan terhadap kewujudan kluster besar secara mendadak serta varian baharu supaya negara bersedia dan terus bertindak.
Selain itu, fasiliti kesihatan perlu sentiasa bersedia menampung pertambahan pesakit sekiranya berlaku gelombang secara tiba-tiba.
Beliau juga berkata kemudahan kesihatan perlu ditambah di tiga lokasi penting iaitu bandar yang sesak dan miskin, kawasan pedalaman dan jauh serta di Sabah dan Sarawak.
"(Kerajaan perlu) tumpukan pada (kawasan) ini, naikkan fasiliti, tambah kakitangan dan tambah perkhidmatan, bukan setakat fasiliti asas tapi termasuk kepakaran dan makmal, mungkin boleh kurangkan penumpuan kepada hospital besar di bandar," katanya kepada Bernama.
Zainal berkata pembangunan sumber manusia turut perlu diberi perhatian dalam meningkatkan kepakaran ahli perubatan seperti doktor, ahli farmasi serta jururawat selain memberi peluang latihan dan kepakaran supaya seimbang dengan keperluan semasa.
Katanya bukan sahaja kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit perlu dipertingkat, langkah itu juga perlu dilakukan bagi penyakit tidak berjangkit seperti kanser, kencing manis dan jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021

Kesiapsiagaan dalam mendepani gelombang atau pandemik baharu adalah antara isu yang perlu diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia Ke-12. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

e-Sukan | PUBG Mobile zahirkan sokongan terhadap atlet negara
Sebagai tanda sokongan terhadap atlet e-Sukan negara di Sukan SEA Hanoi, Tencent Games menganjurkan program acara melibatkan atlet berkenaan secara langsung. Pengurus Pemasaran PUBG Mobile, Adil Hisham berkata, program itu juga menjadi platform untuk menghimpunkan kesemua peminat e-Sukan.

RMK12: Projek pembangunan di Kelantan alami kelewatan - Mustapa
Projek pembangunan di Kelantan di bawah RMK12 mengalami kelewatan apabila hanya mencapai 14 peratus pelaksanaan dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM334 juta setakat Mac lepas.

UK minat kerjasama dengan Malaysia dalam ekonomi digital - Saifuddin
United Kingdom (UK) menyatakan minat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi digital, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Satu lagi bajet dengan peruntukan besar dijangka bantu Malaysia hadapi cabaran COVID-19 pada 2022
Bajet 2022 dijangka terus bercirikan pengembangan dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan RMK12 yang akan memacu pertumbuhan.

Syor berkaitan undang-undang keselamatan siber sedang disiapkan - Abdul Latiff
Kerajaan sedang dalam proses menyiapkan syor berkaitan undang-undang keselamatan siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Kerangka jaringan keselamatan ekuiti tidak ambil hak kaum lain - PM Ismail Sabri
Cadangan memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tidak akan mengambil hak kepentingan kaum lain.

Kerajaan fokus tangani isu miskin tegar - Mustapa
Kerajaan akan memberi keutamaan serta penekanan bagi menangani isu miskin tegar di negara ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, pada Khamis lepas.

Dewan Rakyat luluskan usul RMK-12 tanpa pindaan
Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion bagi pembangunan tahun 2021 hingga 2025 merupakan jumlah terbesar pernah diusulkan.
![[KOLUMNIS] RMK-12: Antara aspek yang wajar diberi tumpuan [KOLUMNIS] RMK-12: Antara aspek yang wajar diberi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/81569194104_operatingtheater.jpg)
[KOLUMNIS] RMK-12: Antara aspek yang wajar diberi tumpuan
Rancangan Malaysia Ke-12 boleh mengambil kira beberapa tumpuan lain untuk manfaat rakyat secara keseluruhan.

Kerajaan akan pantau implementasi RMK-12 - Mustapa
Mustapa berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK-12.