KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor menunjukkan peningkatan yang positif selain selera makan beliau juga bertambah baik.
Menurut anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina, bapanya juga sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).
Marina turut memanjangkan pesanan ayahnya kepada orang ramai agar jangan terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.
"Dr Mahathir akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan," kata Marina dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
BACA: Tun Mahathir stabil, beri respon baik kepada rawatan lanjutan - Marina Mahathir
BACA: PM tiba di IJN melawat Tun Mahathir
Dalam kenyataan itu juga, Marina berkata, Dr Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan berterima kasih atas ucapan selamat yang disampaikan begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.
Kata Marina, buat masa ini, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain hanya keluarga terdekat sahaja.
BACA: Pelarian di Syria harap Tun M cepat sembuh
BACA: Masyarakat Islam Selatan Thai adakan solat hajat untuk Tun M
Astro Awani
Tue Jan 25 2022

Dr Mahathir juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya, kata Marina. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Harga Barang Naik | Peniaga mengeluh, mungkin terpaksa gulung tikar
Segelintir peniaga di Terengganu khuatir terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi berikutan kenaikan harga barang serta kekurangan pelanggan. Mereka mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja sekali gus menyebabkan pendapatan mereka merudum selain terpaksa menanggung kerugian.

Malaysia kekal pilihan pelabur runcit, menurut tinjauan 2022 CGS-CIMB
Tinjauan melibatkan 1,068 responden itu mendapati, 63% daripada pelabur runcit memilih Malaysia sebagai pasaran pilihan.

Banjir | Polis beri amaran sebar berita palsu ada kematian
Orang ramai terutamanya pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kampung sekitar Kupang, Baling. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

AWANI Pagi: Musim kemarau di Malaysia bermula, Adakah kita bersedia?
Sejak beberapa hari lalu, cuaca di Malaysia catat suhu panas melampau. Adakah musim kemarau di Malaysia sudah bermula? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan itu? Apakah langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan untuk berdepan dengan cuaca panas melampau? #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.

AWANI Ringkas: Bendung ketirisan minyak masak subsidi

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pemberian subsidi adalah langkah betul bagi ringankan beban rakyat - Pakar ekonomi
Nungsari berkata pengumuman tersebut munasabah, tetapi pada masa yang sama ia akan memberi kesan kepada keadaan kewangan kerajaan.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Kes Batu Puteh: Biadab pun biadablah, saya cakap benar - Tun M
Katanya, beliau hanya bercakap mengenai apa yang sememangnya berlaku, termasuk soal kedaulatan negara.

Kes Batu Puteh: Dua kali hantar surat, tetapi tidak dibalas - Tun M
Katanya, bekas peguam negara itu tidak wajar dilantik ke kedudukan itu memandangkan ia akan melibatkan konflik kepentingan.

PRU15: Kalau tiada calon lain, saya mungkin bertanding lagi - Tun M
Pejuang sudah mempunyai beberapa nama calon untuk dipertaruhkan di Langkawi.

Bubar UMNO: 'Zahid boleh cakap macam-macam, mana bukti dia' - Tun M
Menurut Dr Mahathir, Zahid hanya sentiasa 'membuka' bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya tanpa sebarang bukti didedahkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes Batu Puteh: Tun M sedia maklum kedudukan Apandi, wajar persoal lebih awal - Wan Junaidi
Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menyingkirkan Apandi Ali sebagai Pengerusi PPK tanpa sebarang justifikasi.

Perang dunia ketiga bakal tercetus jika Ukraine sertai NATO - Tun M
Salah satu perjanjian antara negara-negara NATO iaitu serangan terhadap satu akan dianggap sebagai serangan terhadap semua negara anggota.

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor boleh beri kenyataan apa sahaja, itu hak baginda - Tun Mahathir
Jelasnya baginda mempunyai hak untuk menyatakan sebarang pandangan berkenaan isu tersebut.

Semakan kes Batu Puteh: Tun Mahathir enggan beri kerjasama selagi Apandi kekal pengerusi
Tun Mahathir mempertikaikan kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali selaku pengerusi jawatankuasa terbabit yang disifatkan tidak wajar.