awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat Islam Selatan Thai adakan solat hajat untuk Tun M

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2022
12:42 MYT
Masyarakat Islam Selatan Thai adakan solat hajat untuk Tun M
Jawatankuasa Persatuan Imam Thepha mengadakan solat hajat dan mendoakan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad kerana sakitnya. - Gambar FB
KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam Selatan Thailand mengadakan solat hajat bagi memohon agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi kesembuhan.
Solat hajat untuk kesejahteraan Dr Mahathir itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Persatuan Imam Thepa.
"Hari ini, jawatankuasa Persatuan Imam Thepha mengadakan solat hajat dan mendoakan bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad kerana sakitnya. (Beliau) Kini dirawat di hospital Kuala Lumpur," kongsi Persatuan Imam Thepa di Facebook.
Dr Mahathir dilaporkan berada di Rawatan Rapi Koronari, Institut Jantung Negar (IJN) dan berada di bawah pemantauan rapat oleh pakar perubatan di situ.
Terdahulu, Datin Paduka Marina Mahathir memaklumkan bapanya sudah berinteraksi dengan ahli keluarga selepas tiga hari berada di IJN.
Marina juga berharap orang ramai tidak mengendahkan khabar angin yang disebarkan oleh sumber-sumber yang tidak sahih mengenai keadaan Dr Mahathir.
Katanya, IJN dan keluarga Dr Mahathir akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan rawatan bekas Perdana Menteri itu.
Sebelum ini, beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif pada Jan 7 lalu sebelum dibenarkan pulang pada 13 Januari.
Topic Berkaitan
#solat hajat
#Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla
#Persatuan Imam Thepa
#Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan