awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesihatan mental: 2,144 individu dapatkan rawatan di Terengganu tahun lalu

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
26/10/2021
06:59 MYT
Kesihatan mental: 2,144 individu dapatkan rawatan di Terengganu tahun lalu
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seramai 2,144 individu didapati mengalami masalah kesihatan mental telah mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Terengganu sepanjang tahun lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, bagi tahun ini sahaja seramai 1,797 pesakit melibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan mental turut mendapatkan rawatan sama sehingga September lepas.
Menurut Kasemani, terdapat dua pusat Mentari di negeri itu iaitu di Wakaf Tapai dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.
Kasemani menambah, pelbagai inisiatif dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental.
"Ini termasuk Perkhidmatan Klinik Minda Sihat di semua klinik kesihatan yang telah ditambah baik dan dikendalikan oleh pegawai terlatih.
"Antara inisiatif serta usaha yang telah dilakukan oleh JKNT untuk memperkasakan masyarakat dalam penjagaan kesihatan mental ialah mengukuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial menerusi perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial dan penempatan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Psikiatri HSNZ di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#Mentari
#Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu
#HSNZ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan