Untuk mencapai kemajuan dalam era Revolusi Industri 4.0, (IR 4.0), kesihatan mental yang baik untuk semua perlu diberi penekanan, terutama di tempat kerja, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.
Katanya, kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja.
"Tempat kerja harus menjadi tumpuan dalam menguruskan isu-isu kesihatan mental serta menangani aspek-aspek lain dalam kerja, yang bertujuan mengurangkan ketidakhadiran dan meningkatkan produktiviti," katanya di majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Psikologi, Kaunseling dan Pendidikan (ICPCE) Kali Kedua, di Universiti Malaysia Sabah, pada Khamis.
Persidangan tiga hari itu bertujuan memudahkan kolaborasi penyelidikan dan rangkaian profesional dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan dalam kalangan pakar psikologi, kaunselor, pendidik, pengamal kerja sosial dan penyelidik.
Yusof berkata secara umum, kesihatan mental telah mendapat perhatian dari golongan profesional, penyelidik dan orang ramai dan penyakit tersebut boleh menyebabkan kerugian kepada ekonomi dalam pelbagai peringkat termasuk individu, keluarga, organisasi dan juga di peringkat kebangsaan.
Sementara itu Pengerusi ICPCE, Dennis Relojo-Howell berkata persidangan yang bertujuan untuk melihat penyelidikan dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan disertai perwakilan dari Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Filipina, United Kingdom dan Malaysia yang akan membincangkan isu-isu dalam ketiga-tiga bidang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019

Kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja. - Gambar hiasan

Mohd Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT - Ayob Khan
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai Pemangku Pengarah JSPT.

'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
![[KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan [KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695741928_AnwarIbrahimUNGA.jpg)
[KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan
Anwar sepatutnya lebih kritikal dan berwaspada terhadap tindakan China yang boleh mengancam kedaulatan dan kepentingan negara.

Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.

Dera bekas kekasih: Bintang Manchester United, Antony disoal siasat lima jam
Antony dilaporkan telah memberi keterangan selama lima jam di balai polis Manchester atas dakwaan penderaan bekas kekasih.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6930/6975 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7055/7105.

Piala EFL: Guardiola kekal positif walaupun Manchester City kandas
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, masih positif walaupun terpaksa melupakan peluang menjulang Piala Liga Inggeris musim ini.

Sembilan individu didakwa culik wanita warga Indonesia
Mereka dituduh secara bersama telah menculik seorang wanita warga Indonesia dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000.

Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.

Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.

Kesihatan mental penting untuk capai Revolusi Industri 4.0
Kesihatan mental yang baik, mampu membantu seseorang individu menampung tekanan di tempat kerja.