awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al-Aqsa wajib dihormati - MFA Singapura

Bernama
Bernama
10/04/2023
10:52 MYT
Kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al-Aqsa wajib dihormati - MFA Singapura
MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan "kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin." - Facebook @aqsamasjid1
SINGAPURA: Semua pihak mesti menghormati kesucian tempat ibadat seperti Masjid Al Aqsa bagi membolehkan orang ramai beribadat dengan selamat dan aman khususnya pada bulan Ramadan yang mulia, menurut Kementerian Luar Singapura (MFA).
MFA memaklumkan bahawa Singapura menzahirkan "kebimbangan tentang peningkatan keganasan di Israel dan Wilayah Palestin."
"Kami mengutuk serangan roket ke atas Israel serta serangan berasingan di Tel Aviv dan Lembah Jordan yang mengorbankan nyawa orang awam.
"Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera pulih," kata jurucakap MFA dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan media mengenai situasi di Israel dan wilayah Palestin.
"Kami menggesa semua pihak untuk meredakan ketegangan demi mengelakkan korban nyawa seterusnya," kata jurucakap itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang terjejas akibat serangan itu setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AL-Aqsa
#Israel
#Palestin
#Kementerian Luar
#Singapura
#tempat ibadat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan