Skip to main content

Malaysia

KESUMA buat laporan rasmi dakwaan campur tangan dalam proses siasatan TalentCorp

KESUMA memaklumkan campur tangan itu didakwa melibatkan usaha menyebarkan maklumat yang mengelirukan, mempengaruhi individu dalam agensi serta mengalihkan perhatian daripada perkara yang sedang diteliti. - Gambar fail
KESUMA memaklumkan campur tangan itu didakwa melibatkan usaha menyebarkan maklumat yang mengelirukan, mempengaruhi individu dalam agensi serta mengalihkan perhatian daripada perkara yang sedang diteliti. - Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan cubaan campur tangan dalam semakan dan siasatan di TalentCorp.
  • KESUMA menegaskan proses semakan dan siasatan mesti dijalankan secara bebas, telus dan tanpa sebarang pengaruh yang tidak wajar demi menjaga integriti.
  • Operasi dan pelaksanaan program strategik TalentCorp diteruskan seperti biasa, dengan fokus kepada pembangunan bakat negara dan peningkatan kebolehpasaran graduan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah membuat beberapa laporan rasmi kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan cubaan campur tangan dalam proses semakan dan siasatan di Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Dalam kenyataan hari ini, KESUMA memaklumkan campur tangan itu didakwa melibatkan usaha menyebarkan maklumat yang mengelirukan, mempengaruhi individu dalam agensi serta mengalihkan perhatian daripada perkara yang sedang diteliti, sehingga berpotensi menjejaskan integriti dan kebebasan proses semakan dan siasatan yang sedang berlangsung.

Menurut kementerian itu, laporan berkenaan dibuat susulan maklumat dan bukti yang diterima bagi membolehkan siasatan dilaksanakan secara bebas dan sewajarnya.

“KESUMA menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk meneliti bukti, menentukan fakta dan mengambil tindakan yang bersesuaian berdasarkan undang-undang sekiranya terdapat asas untuk berbuat demikian,” menurut kenyataan itu.

KESUMA dan TalentCorp sedang melaksanakan proses transformasi dan pengukuhan tadbir urus organisasi di TalentCorp bagi memperkasakan tahap ketelusan, integriti dan akauntabiliti agensi.

Semakan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan TalentCorp bersama-sama kementerian telah mengenal pasti beberapa aspek tadbir urus yang memerlukan penambahbaikan, termasuk peruntukan perlembagaan syarikat, pematuhan terhadap dasar dalaman, kawalan dalaman serta mekanisme integriti dan akauntabiliti.

KESUMA menegaskan bahawa proses semakan perlu dilaksanakan secara bebas, telus dan teratur tanpa sebarang gangguan atau pengaruh yang tidak wajar, selain tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menggunakan kedudukan, pengaruh atau rangkaian bagi menjejaskan integriti proses tersebut.

“Proses semakan dan siasatan yang berkaitan turut melibatkan pekerja serta pihak pengurusan TalentCorp. Semua pihak yang terlibat hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses tersebut dilaksanakan secara adil dan objektif. 

“Sebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil semakan dan siasatan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut KESUMA, sepanjang proses berkenaan, operasi dan pelaksanaan program strategik TalentCorp akan diteruskan seperti biasa dengan agensi itu kekal fokus dalam melaksanakan mandat pembangunan bakat negara, termasuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, membangunkan kemahiran masa hadapan serta memperkukuh penyertaan tenaga kerja.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berhubung dakwaan campur tangan dalam TalentCorp? 
    A: KESUMA telah membuat beberapa laporan rasmi kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan cubaan campur tangan dalam proses semakan dan siasatan di TalentCorp.
  • Q: Apakah bentuk campur tangan yang didakwa berlaku dalam TalentCorp? 
    A: Campur tangan didakwa melibatkan usaha menyebarkan maklumat mengelirukan, mempengaruhi individu dalam agensi, serta mengalihkan perhatian daripada perkara yang sedang diteliti sehingga berpotensi menjejaskan integriti dan kebebasan proses semakan dan siasatan.
  • Q: Apakah langkah yang diambil untuk memastikan proses semakan dan siasatan berjalan dengan adil? 
    A: KESUMA menegaskan bahawa proses semakan perlu dilaksanakan secara bebas, telus dan teratur tanpa sebarang gangguan atau pengaruh yang tidak wajar, dan semua pihak terlibat hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.
  • Q: Apakah aspek tadbir urus yang dikenal pasti memerlukan penambahbaikan di TalentCorp? 
    A: Aspek yang dikenal pasti termasuk peruntukan perlembagaan syarikat, pematuhan terhadap dasar dalaman, kawalan dalaman serta mekanisme integriti dan akauntabiliti.
  • Q: Adakah operasi TalentCorp terjejas sepanjang proses semakan dan siasatan dijalankan? 
    A: Sepanjang proses semakan dan siasatan, operasi dan pelaksanaan program strategik TalentCorp akan diteruskan seperti biasa dengan agensi itu kekal fokus melaksanakan mandat pembangunan bakat negara.

Must Watch Video

Advertisement