KUALA LUMPUR: Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dijangka tidak memberi kesan besar kepada Malaysia, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik dari Universiti Malaya, Roy Anthony Rodgers.
Menurut beliau, dasar berkecuali yang diamalkan negara dilihat dapat mengimbangi dan mengurangkan kesan kepada negara susulan ketegangan melibatkan dua kuasa besar itu.
Tambah beliau, meskipun Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat, Nancy Pelosi melawat negara ini pada 2 Ogos lepas, namun Malaysia sebelum ini turut menerima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi pada 11 Julai.
BACA: Malaysia gesa semua pihak tangani ketegangan di Selat Taiwan dengan berhemah
“Buat masa kini, sebab kita tak tahu perkembangan lebih lanjut... buat masa ini saya rasa kesannya masih minimum.
“Tapi walaupun minimum, tidak bererti kita boleh lepas tangan. Kita masih perlu terus memerhatikannya kerana kita tidak pasti.
“Sudah ada berita mengatakan China telah memperkukuhkan kehadiran tentera lautnya, tentera udaranya di sekitar kawasan Selat Taiwan namun buat masa ini, kesannya dijangka minimum tapi kita perlu berhati-hati dan berjaga-jaga,” katanya kepada Astro AWANI.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Malaysia memantau rapat perkembangan di Selat Taiwan selepas ketegangan meletus antara China dan Amerika Syarikat (AS) berikutan lawatan Pelosi ke Taiwan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Saifuddin berkata, Malaysia juga menggesa semua pihak yang berkenaan menangani situasi itu dengan amat berhati-hati dan penuh berhemah.
Bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-55 (AMM ke-55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada Rabu, Saifuddin menegaskan, keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini mesti dikekalkan.
Hubungan antara China dan AS semakin tegang selepas Pelosi tiba di Taiwan pada Selasa.
China mengumumkan latihan ketenteraan membabitkan kapal perang dan kapal terbang selama empat hari di perairan berhampiran Taiwan ketika pegawai di Washington dan Beijing bertikam lidah berhubung lawatan itu.
Menteri Luar China, Wang Yi, pada Rabu menyifatkan lawatan itu sebagai pencabulan terhadap prinsip 'Satu China' dan kedaulatan negaranya.
Ridauddin Daud
Thu Aug 04 2022
Hubungan antara China dan AS semakin tegang selepas Nancy Pelosi tiba di Taiwan pada Selasa dan membawa kepada beberapa siri tindakan balas daripada China.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.