Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan agar perbezaan ideologi politik diketepikan semasa menghadapi bencana, khususnya banjir.
Tengku Abdullah menegaskan baginda sudah jemu mendengar isu perbezaan politik dibangkitkan sama ada di pusat perpindahan banjir atau ketika penyampaian bantuan mangsa banjir setiap tahun.
"Jika ada kelemahan, ia diperbesar-besarkan dan terdapat puak-puak yang tidak boleh makan dengan puak ini disebabkan perbezaan warna. Tumpuan yang lebih perlu diberikan sekiranya berlaku bencana seperti banjir serta mengetepikan masalah politik kampung. Itu nasihat saya.
"Kita perlu mempunyai semangat kemanusiaan apabila berlaku bencana atau darurat. Jangan melebih-lebih dalam politik. Saya sudah muak. Apabila bencana, kita perlu bersatu kerana ada tempat yang lebih sesuai untuk berpolitik," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian selepas menghadiri Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini, turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam negeri Zainal Yusoff.
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian ketika banjir terdahulu, Tengku Abdullah mahu aspek kebersihan di pusat pemindahan banjir khususnya bilik air menjadi keutamaan semua pihak.
"Perkara yang ingin saya ingatkan ialah perlu memastikan bilik air sentiasa bersih kerana penyakit juga berpunca dari bilik air," titah baginda.
Tengku Abdullah juga menitahkan agar kelemahan pengurusan banjir seperti kelewatan makanan tiba di pusat pemindahan, yang juga berlaku setiap tahun diperbaiki supaya mangsa banjir diberikan pertolongan sepatutnya.
"Kadangkala kita memahami bukan salah pihak berkuasa, tetapi disebabkan lori yang membawa bekalan makanan tersangkut dalam perjalanan ke pusat pemindahan, kerana itu yang menimbulkan masalah," titah baginda.
Sebagai penyelesaian, Tengku Abdullah dimaklumkan bahawa pihak polis memberi jaminan akan membantu memberi laluan khas kepada lori yang membawa bekalan makanan secara berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tengku Abdullah bertitah, berhubung tindakan segelintir penduduk yang enggan berpindah, mereka seharusnya memahami tindakan pihak berkuasa membuat ketetapan itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Titahnya, perkara itu bergantung kepada keputusan segelintir masyarakat, kerana lebih menyayangi harta benda di rumah, namun sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini mereka perlu menanggung risiko sendiri. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
Tengku Abdullah menegaskan baginda sudah jemu mendengar isu perbezaan politik dibangkitkan sama ada di pusat perpindahan banjir atau ketika penyampaian bantuan mangsa banjir setiap tahun. - fotoBERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Banjir di Pahang masih terkawal - MB
Keadaan banjir di Pahang masih terkawal buat masa ini dibantu oleh persediaan rapi kerajaan negeri dan semua agensi terlibat, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Mangsa banjir meningkat di Pahang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.
Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.
Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan
Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 97 orang petang ini, berbanding tujuh orang pagi tadi, dengan paras beberapa sungai utama menunjukkan trend peningkatan.