awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketepikan ideologi, sentimen politik dan utamakan pembangunan Pahang - Tengku Hassanal

Bernama
Bernama
28/11/2022
06:19 MYT
Ketepikan ideologi, sentimen politik dan utamakan pembangunan Pahang - Tengku Hassanal
TENGKU HASSANAL: "Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukuplah. Pilihan raya telah tamat dan kerajaan negeri telah dibentuk sekarang masa untuk bekerja." - Bernama
PEKAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengetepikan ideologi serta sentimen politik.
Kedua-dua parti gabungan yang telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri itu, menurut Tengku Hassanal perlu meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan selain menumpukan usaha ke arah membangun serta memajukan Pahang.
"Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukuplah. Pilihan raya telah tamat dan kerajaan negeri telah dibentuk sekarang masa untuk bekerja. Dalam proses mencapai negeri maju, rakyat tidak mahu lagi melihat tuan, puan (wakil rakyat) terus berpolitik, mencari salah sana dan sini.
"Sebaliknya rakyat mahu, wakil rakyat yang duduk di kerusi kerajaan untuk membawa perubahan supaya Pahang terus maju ke hadapan," titah Tengku Hassanal pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.
Pada istiadat berkenaan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 bagi penggal kedua.
Topic Berkaitan
#Pahang
#kerajaan negeri
#Tengku Hassanal
#ideologi politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan