awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
Amerika ingin hantar Starlink ke Iran bagi mengembalikan perkhidmatan internet
Pemecatan Hamzah tiada dalam agenda mesyuarat tertutup Bersatu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha perangi COVID-19 - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/10/2020
10:35 MYT
Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha perangi COVID-19 - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Ketepikan dahulu perbezaan politik, apa-apa perbezaan lain pun dan tumpukan usaha untuk perangi pandemik COVID-19.
KUALA LUMPUR:“Ketepikan segala perkara berkaitan politik dan perangi pandemik COVID-19 bagi kita memenangi peperangan ini.”
Demikian nasihat Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada orang ramai supaya berganding bahu dalam memerangi musuh halimunan itu.
Ismail Sabri berkata semua pihak perlu menyedari bahawa COVID-19 merupakan musuh bersama.
“Ketepikan dahulu perbezaan politik, apa-apa perbezaan lain pun. Yang penting musuh kita ialah musuh bersama.
“Insya-Allah kalau kita terus bersama kukuh bersatu dan berganding bahu, bersama-sama kita akan menang dalam peperangan menentang COVID-19 ini,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Katanya, biarpun Kementerian Kesihatan melakukan strategi terbaik untuk melawan COVID-19, setiap individu perlu mengamalkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian wabak itu.
BACA: PKPD di Anjung Teduh, Felda Sahabat mulai 24 Oktober antara tumpuan sidang media PKPP
Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP pula, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 636 individu pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan PKPP.
“Daripada jumlah itu, seramai 595 individu dikompaun, 38 pula direman dan tiga dijamin,” ujarya.
Menerusi Operasi Benteng yang dijalankan pula, beliau berkata seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan.
Katanya lagi, sembilan kenderaan darat juga berjaya dirampas.
Topic Berkaitan
#perang COVID-19
#COVID-19
#perbezaan politik
#Menteri Kanak Pertahanan
#Kementerian Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPP
#PKPB
#SOP
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan