Amerika ingin hantar Starlink ke Iran bagi mengembalikan perkhidmatan internet

Trump mahu menghantar kit terminal internet satelit Starlink ke Iran bagi mengembalikan perkhidmatan internet yang terputus, supaya maklumat dari Iran boleh dibawa keluar.
TUNJUK perasaan besar-besaran di Iran sudah berlarutan sejak penghujung Disember tahun lalu dan kini merebak ke hampir ke keseluruhan negara.
Faktor ekonomi yang semakin merosot menyebabkan tunjuk perasan meminta kerajaan pimpinan Ali Hosseini Khamenei digantikan semula dengan keluarga Shah Pahlavi.
Bagi mengawal penyebaran protes, kerajaan Iran telah mematikan perkhidmatan internet dan telefon di seluruh negara sejak minggu lalu.
Pada Isnin, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dipetik Reuters berkata, beliau akan menghubungi Elon Musk untuk menghantar kit terminal internet satelit Starlink ke Iran bagi mengembalikan perkhidmatan internet yang terputus. Dengan ini, maklumat dari Iran boleh dibawa keluar.
Sejak tunjuk perasaan bermula, 500 hingga 2,000 kematian dilaporkan setiap hari selepas pihak berkuasa mengambil tindakan keras ke atas peserta demonstrasi.
Sekiranya kit Starlink dihantar ke Iran, ia kali kedua digunakan di kawasan konflik.
Dalam konflik Rusia-Ukraine, tentera dan warga Ukraine di kawasan perbatasan diberikan Starlink untuk berhubung dengan negara luar dan mengawal senjata.
Tetapi pada waktu yang sama, dron kamikaze Rusia dan bot penyeludupan dadah Colombia juga didapati menggunakan kit Starlink Mini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


