NATIONAL
Keterbukaan Malaysia terhadap China, ini reaksi anak muda PH, PN...

Wakil parti kerajaan dan pembangkang menyuarakan dua sisi berbeza mengenai pendirian kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap China.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketika negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif kepada rakan dagangnya termasuk Malaysia, setiap tindakan diplomasi yang boleh menyentuh sensitiviti AS pastinya perlu dilakukan dengan cermat.
Ringkasan AI
- Diplomasi Cermat: Setiap tindakan diplomasi perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk tidak menyentuh sensitiviti Amerika Syarikat, terutama dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.
- Hubungan Diplomasi Malaysia-China: Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan keakraban hubungan diplomasi antara Malaysia dan China, tanpa menggugat hubungan dengan Amerika Syarikat.
- Pendekatan Seimbang: Perikatan Nasional (PN) menyarankan pendekatan yang lebih neutral dalam kenyataan diplomatik untuk memastikan Malaysia tidak dilihat memihak kepada mana-mana negara.
Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Arshad Hassni berkata, sikap yang ditonjolkan oleh Anwar tidak menggugat hubungan Malaysia-AS, memandangkan angka perdagangan jelas menunjukkan keterbukaan Malaysia yang tidak memihak.
“(Kenyataan Perdana Menteri) Sebenarnya menggambarkan keakraban hubungan diplomasi antara Malaysia dan China. Kalau kita lihat dari angka perdagangan Malaysia-China dan Malaysia-AS, kita saling bergantung antara satu sama lain.
“Kita tidak berpihak kepada mana-mana, tetapi kita tahu antara kita ada kelebihan persaingan berbeza. Apapun, masih memerlukan antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Namun, Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Harris Idaham Rashid melihat sisi berbeza dengan menyatakan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) akan mengambil pendekatan berbeza iaitu lebih seimbang dalam setiap kenyataan diplomatik.
“Ada beberapa kenyataan Perdana Menteri yang boleh dilihat sebagai cenderung kepada China. Pastinya kata-katanya ada pemberat. Kenyataan-kenyataan Perdana Menteri ini mungkin menyebabkan AS tidak lagi melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang neutral dan mungkin memberi impak.
“Sekiranya Perikatan Nasional (PN) berada di tampuk pemerintahan, kita perlu lebih neutral daripada sekarang. Kita tidak mahu buat kenyataan yang cenderung kepada satu pihak, kerana kita tidak mahu dihukum oleh mana-mana negara memandangkan kita merupakan sebuah negara dagang,” ujarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Isu tariff AS, bawa ke Sidang Khas Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami