KUALA LUMPUR: Tiada lagi lantikan politik, sebaliknya pelantikan penjawat awam di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah Kementerian Perpaduan Negara hanya akan dilakukan menerusi permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong, menegaskan langkah itu bagi mengelakkan sebarang ketirisan atau salah guna kuasa membabitkan unit itu.
"MITRA telah mengambil tindakan penambahbaikan dalam memastikan tiada sebarang ketirisan atau salah guna kuasa.
"Salah satunya membabitkan isu pelantikan penjawat awam, di mana pengisian jawatan tersebut hanya boleh dilakukan menerusi SPA dan tiada lantikan politik," katanya di Kamar Khas Dewan Rakyat, di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada soalan V Ganabatirau (PH-Klang) mengenai perhatian dan penyelesaian segera kepada isu membabitkan unit berkenaan yang sebelum ini yang terpalit dengan pelbagai kontroversi penyelewengan dana.
Ugak memberitahu, bagi pengurusan MITRA, waran perjawatan sedia ada adalah sebanyak 27 jawatan di mana 17 telah diisi manakala baki 10 jawatan lagi dalam tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Selain itu, katanya, JPM telah meluluskan enam pegawai Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) untuk sokongan tadbir urus
Beliau memaklumkan, MITRA juga menyediakan garis panduan penyenaraian hitam organisasi atau individu yang gagal melaksanakan program yang diluluskan sebelum ini.
Ujar beliau, menurut garis panduan baharu, had siling ditetapkan pada RM300,000 untuk permohonan geran organisasi.
Permohonan geran pula katanya, hanya dibuka secara dalam talian dan diterima dalam tempoh permohonan sahaja.
Tegasnya, sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.
"Pada masa yang sama, MITRA telah memasukkan klausa berkaitan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009 di dalam kontrak.
"Sesi libat urus dengan organisasi juga akan melibatkan SPRM," jelasnya.
Pada Januari tahun lalu, SPRM menahan 22 individu berhubung kes penyelewengan geran dana MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Peruntukan paling tinggi diluluskan adalah pada tahun 2019 iaitu melebihi RM90 juta yang diluluskan kepada 205 syarikat, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Daripada jumlah tersebut, terdapat lapan syarikat dikenal pasti memperolehi geran peruntukan lebih RM1 juta.
Astro Awani
Sun Mar 19 2023

Menjawab soalan V Ganabatirau, Ugak Anak Kumbong memberitahu, Pengisian jawatan penjawat awam di MITRA akan dilakukan menerusi SPA. - Foto fail

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
"Post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan."

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara MTB.

AWANI Ringkas: Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rapid Rail giat usaha atasi gangguan perkhidmatan rel
Siasatan mendapati bahawa ia tidak berpunca daripada kegagalan keseluruhan sistem tetapi hanya melibatkan beberapa subkomponen tertentu.

Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda Akta Pencen - Lukanisman
Inisiatif itu memerlukan pindaan berkaitan Akta Pencen 1980 dilakukan dan perbincangan bersama JPA masih diadakan.

Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.

Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan anggota perkhidmatan kerajaan negeri itu, akan menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 3,796 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 14 April ini.

Warga emas dakwa dikasari kini disiasat halang penjawat awam
Seorang warga emas yang didakwa dikasari oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan semasa operasi menangkap anjing liar kini disiasat kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Cuepacs sokong tiada lagi lantikan perunding luar
Cuepacs menyambut baik keputusan kerajaan yang tidak lagi bergantung kepada perunding luar dalam memberi nasihat pentadbiran berhubung dasar dan strategi.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Penjawat awam sertai aktiviti pasca banjir dianggap jalankan tugas rasmi, layak terima elaun
Pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan tugas-tugas pasca banjir dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menerima elaun dan kemudahan yang berkelayakan.

Langgar pos pengawal: Penjawat awam mengaku tidak bersalah memandu ketika mabuk
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di hadapan Pos Pengawal Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh.

Ketirisan MITRA: Tiada lagi lantikan politik, hanya permohonan menerusi SPA - Ugak
Tiada lagi lantikan politik. Pengisian jawatan penjawat awam di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah Kementerian Perpaduan Negara hanya akan dilakukan menerusi permohonan SPA.