MOSCOW: Seorang anggota tentera Britain maut ketika menjalani latihan di Iraq, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), John Healey.
"Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa kemalangan ketika latihan berlaku di utara Iraq semalam, yang menyebabkan seorang anggota Tentera Darat Britain meninggal dunia," kata Healey di Parlimen UK pada Isnin.
Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan dan meminta "sedikit ruang dan masa sebelum butiran lanjut dikeluarkan."
I am deeply saddened by the death of a British service person during a training exercise.
My thoughts are with their family, friends and colleagues at this incredibly difficult time. pic.twitter.com/iYCC4jTbWo— John Healey (@JohnHealey_MP) June 1, 2026
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI