awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/02/2025
09:56 MYT
Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 -  Rusdi
Rusdi berkata, polis memandang serius kejadian itu dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk dibawa ke muka pengadilan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sehubungan itu, pihaknya membuka kes siasatan ke atas kedua-dua suspek yang berusia 44 dan 34 tahun.
"Tangkapan dilakukan terhadap dua orang pegawai polis berpangkat Inspektor dan Koperal berusia 44 dan 34 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Rusdi memberitahu, kedua-dua suspek ditahan reman satu hari bermula Ahad bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu menurutnya, membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah diseksa dengan penjara atau sebat.
Beliau memberitahu, kes itu masih dalam siasatan dan sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.
"Polis memandang serius kejadian ini dan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk dibawa ke muka pengadilan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ketua balai
#inspektor
#polis ditahan
#kes curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan