PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengingatkan peguam yang terlibat dalam prosiding mencabar perlembagaan oleh dua wanita beragama Islam terhadap 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 supaya tidak mengulas mengenai kes itu.
Pada permulaan prosiding hari ini, Tun Tengku Maimun, yang mengetuai panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan, berkata peguam terikat dengan etika profesion mereka dan adalah tidak wajar bagi mereka membincangkan kes yang belum selesai pada forum awam.
Beliau berkata mahkamah membuat pemerhatian kerana begitu banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang mengenai petisyen itu dan kebanyakan daripada apa yang diperkatakan adalah versi yang diputarbelitkan bagi isu sebenar di hadapan mahkamah.
"Seperti yang telah kita nyatakan dari awal perbicaraan pada 17 Ogos, isunya bukan mengenai menjatuhkan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Isu yang timbul daripada petisyen itu hanyalah mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk menggubal peruntukan yang dipertikaikan," katanya.
Beliau berkata kenyataan bahawa "Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia" adalah tidak benar.
Hakim Tengku Maimum berkata demikian bagi menjawab kenyataan peguam Mohd Yusfarizal Yussoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu bahawa adalah penting bagi seseorang untuk memahami cabaran kuasa Mahkamah Syariah sebelum ia terkubur seperti "batu nisan".
"Tertakluk kepada apa sahaja jawapan yang ingin dibuat oleh Yusfarizal mengenai perkara ini, kami ingin mengingatkan peguam bahawa kamu terikat kepada etika profesion kamu dan tidak wajar untuk membincangkan kes yang belum selesai di forum awam, lebih-lebih lagi apabila telah gagal mendedahkan fakta penuh kes itu.
"Kami ingin mengingatkan semua di mahkamah ini khususnya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, dan tidak menghasut sentimen orang ramai. Kami menggesa peguam untuk menghujahkan kes berdasarkan isu di hadapan kami," kata beliau.
Terdahulu, Ketua Hakim Negara berkata mahkamah mengambil maklum permohonan pempetisyen berhubung beberapa kenyataan yang didakwa dibuat oleh Yusfarizal.
Tun Tengku Maimun kemudian menyoal Yusfarizal sama ada telah membuat kenyataan seperti yang dipetik dalam afidavit pempetisyen, yang peguam itu menjawab bahawa beliau perlu menyemak transkrip dan tidak pasti perkataan yang tepat yang digunakan.
Panel hakim yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais, telah menetapkan hari ini untuk menyambung semula pendengaran petisyen kedua-dua wanita itu.
Pada 17 Ogos, mahkamah mendengar hujah peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman serta peguam Datuk Kamaruzaman Muhamad Arif, yang mewakili kerajaan Kelantan.
Peguam kelahiran Kelantan itu dan anak perempuannya memfailkan petisyen untuk mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen tersebut.
Mereka mendakwa badan perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan yang sama.
Mereka memfailkan petisyen itu terus ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden tunggal. Pada 30 Sept 2022, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada kedua-dua wanita itu untuk memulakan cabaran mereka.
Dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPK), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dibenarkan mencelah dalam kes itu sebagai amicus curiae (rakan mahkamah), Sisters in Islam, Persatuan Peguam-peguam Islam Malaysia dan Badan Peguam Malaysia, mengemukakan penghujahan mereka.
Tun Tengku Maimun berkata mahkamah menangguhkan keputusannya pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Lebih 1,000 orang kebanyakannya penyokong PAS berhimpun di luar Istana Kehakiman seawal 8 pagi hari ini bagi mengetahui keputusan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Tun Tengku Maimun berkata peguam terikat dengan etika profesion mereka dan adalah tidak wajar bagi mereka membincangkan kes yang belum selesai pada forum awam. - Gambar fail/Bernama

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
The Future Is Female: Women in Science - Women Making Waves in Scientific Discovery
For 25 years, the L’Oréal Foundation and UNESCO have been working together to empower and promote women in science through the ‘For Women in Science’ programme. Malaysia has been part of the programme for the last 18 years, during which over RM1.5 million in research grants have been awarded to more than 51 women scientists in recognition of their achievement in science. On this episode of #TheFutureIs Female Melisa Idris speaks to this year’s Malaysian beneficiaries: Dr Acga Cheng from UM, Dr Che Azurahanim Che Abdullah from UPM, and Dr Elena Azizan from UKM.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.

Ketua Hakim Negara ingatkan peguam agar tidak ulas kes cabar Enakmen Syariah Kelantan
Tun Tengku Maimun berkata kenyataan bahawa "Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia" adalah tidak benar.

Anwar fail semakan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan mengenai MKN
Anwar mendakwa wujud ketidakadilan yang serius berikutan keputusan mahkamah yang enggan menjawab persoalan perlembagaannya.