awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman

Bernama
Bernama
09/02/2024
22:15 MYT
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Menurut Lukanisman, inisiatif tersebut dapat mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan isu rakyat selain dilihat sebagai usaha yang berupaya menoktahkan kemiskinan di negeri ini. - Foto fail/BERNAMA
KANGAR: Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Menurut beliau, inisiatif tersebut dapat mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan isu rakyat selain dilihat sebagai usaha yang berupaya menoktahkan kemiskinan di negeri ini.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini, pada Jumaat.
Lukanisman berkata beliau juga tertarik dengan inisiatif yang dilaksanakan MAIPs dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam menyediakan saringan kesihatan percuma kepada golongan asnaf menerusi program itu.
Sementara itu, pada program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan berupa bantuan tunai, kit MAIPs Peduli, beras dan kipas angin kepada tiga asnaf terpilih.
Baginda turut meluangkan masa melawat ke Lembah Saerah Resort di Kampung Binjal, Utan Aji yang merupakan satu lokasi tumpuan pelancongan baharu di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan asnaf
#saringan kesihatan
#tumpuan pelancongan
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan