Satu laporan polis telah dibuat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berhubung gambarnya yang disalah guna oleh sindiket Macau Scam untuk menipu mangsa.
Menurut Mohd Wazir, beliau menyedari perkara itu selepas diberitahu oleh penolong pegawai penyiasat yang gambarnya digunakan sebagai gambar profail di aplikasi WhatsApp milik sindiket tersebut.
"Saya dimaklumkan oleh penolong pegawai polis berkenaan sindiket Macau Scam itu menggunakan gambar saya bagi menipu orang ramai termasuk seorang lelaki di Puchong, Selangor.
"Sindiket ini menggunakan taktik Macau Scam bagi memperdaya mangsa mereka. Sehingga ini terdapat dua laporan polis diterima berkaitan kes ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Katanya lagi, sindiket Macau Scam ini dipercayai menggunakan gambarnya bagi meyakinkan lagi mangsa ketika melakukan aktiviti penipuan mereka.
"Saya juga sudah memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memadam gambar saya yang digunakan oleh sindiket ini.
"Saya meminta orang awam untuk berhati-hati jika menerima pesanan WhatsApp daripada sindiket yang menggunakan gambar saya dan menasihatkan supaya tidak melayani pesanan itu atau membuat laporan polis," katanya lagi.
Noraniza Kamsani
Sat Apr 18 2020
Sindiket Macau Scam ini dipercayai menggunakan gambar Mohd Wazir bagi meyakinkan lagi mangsa ketika melakukan aktiviti penipuan mereka. - Foto BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Ketua JSJK Pahang buat laporan polis gambar diguna sindiket Macau Scam
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof hari ini mengesahkan membuat laporan polis, mendakwa gambarnya disalah guna oleh sindiket Macau Scam bagi memperdayakan mangs