GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memohon maaf berhubung kontroversi sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 dari sebuah syarikat swasta.
Menurut Kon Yeow, tawaran sumbangan tersebut mencetus kontroversi dan menyimpang daripada tujuan asal pihak kerajaan negeri yang mahu mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 dalam kadar segera berikutan peningkatan kes yang mendadak.
"Perkara ini dilihat sebagai suatu perkembangan yang amat malang. Adalah ditegaskan bahawa bukan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk berperang mulut dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan Persekutuan.
"Sebaliknya, matlamat utama ketika ini adalah untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan pada kadar segera bagi memastikan kadar vaksinisasi boleh dipercepatkan demi melindungi nyawa serta menyelamatkan ekonomi rakyat negeri ini secara keseluruhan.
"Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kerana tercetusnya kontroversi ini dan berharap kita akan meneruskan segala usaha dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 seterusnya demi kebaikan seluruh rakyat di negara ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Kon Yeow berkata, beliau akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan isu tersebut.
Dalam pada itu, jelas beliau, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bermesyuarat kelmarin memutuskan untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi membeli vaksin tambahan untuk dihantar segera selain yang bakal dibekalkan kerajaan Persekutuan.
"Bagi tujuan itu, saya menghantar surat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada hari ini untuk mendapatkan kebenaran pembelian vaksin secara terus daripada syarikat pembekal yang diluluskan kerajaan Persekutuan dalam negara atau secara langsung daripada syarikat pengeluar vaksin.
"Saya berharap kerajaan Persekutuan akan memberi maklum balas positif terhadap permohonan berkaitan, "katanya.
Pada Selasa lalu, Pulau Pinang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kelulusan menerima sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 selepas permohonan pertama mereka ditolak.
Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengesahkan derma dua juta dos vaksin oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tawaran palsu.
Berdasarkan siasatan dan carian yang dilakukan pihaknya, Khairy dilaporkan berkata, syarikat berkenaan iaitu Xintai Development Enterprise LTD tidak wujud dan telah membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan.
Sementara itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang memaklumkan, satu laporan polis telah dibat berhubung dakwaan parti itu menulis surat kepada syarikat swasta bagi mendapatkan sumbangan vaksin COVID-19.
Kon Yeow berkata, tuduhan itu tidak berasas dan menegaskan tidak pernah menulis surat sepertimana didakwa.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri May 21 2021
Chow Kon Yeow tegaskan, bukan menjadi hasrat kerajaan negeri untuk berperang mulut dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan Persekutuan. - Gambar fail BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.