Skip to main content

Malaysia

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pertanian didakwa terima RM56,200

KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Pertanian Putrajaya Mohamad Nizam Malik, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 11 pertuduhan menerima RM56,200 daripada dua pengarah syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di jabatan itu, tiga tahun lepas.  Mohamad Nizam sebagai seorang penjawat awam, iaitu Ketua Penolong Pengarah yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya didakwa atas dua pertuduha
Mohamad Nizam didakwa menerima RM56,200 daripada dua pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya, tiga tahun lalu. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Putrajaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas 11 pertuduhan menerima RM56,200 daripada dua pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya, tiga tahun lalu.

Mohamad Nizam Malik, 48, yang bertugas sebagai Pegawai Pertanian di Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, didakwa atas dua pertuduhan menerima RM25,700 daripada Pengerusi Koperasi Usahawan Alam Shah Berhad (KOSHAH), Zainal Md Nadzri, melalui pindahan dalam talian.

Advertisement

Dia turut berdepan sembilan lagi pertuduhan menerima RM30,500 daripada Pengarah Orchidmas Sdn Bhd, Shiz Mohammad Mohd Kassim, yang disalurkan melalui seorang individu lain dan diketahui mempunyai kaitan dengan urusan rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Shaftsbury Putrajaya Avenue dan di Presint 14 antara 8 Jun 2023 hingga 5 Mac 2025 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pegawai Pendakwa Mohamad Safari Abdullah menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan termasuk tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh diwakili peguam Mohammad Ariffin Abd Wahab, yang memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan selepas digantung tugas dan gajinya ditahan, selain menanggung isteri dan lima anak.

Hakim Suzana Hussin kemudian membenarkan jaminan RM13,000 dengan seorang penjamin, sebelum menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Must Watch Video