JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengakui pernah cuba diperdaya oleh scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa baru-baru ini.
Menurut Kamarul Zaman, sindiket berkenaan bukan saja mengetahui nombor telefonnya malah juga alamatnya.
Malah katanya, ketika menerima panggilan daripada scammer tersebut, panggilan tersebut kononnya disambungkan kepada pegawai penyiasat.
"Kes-kes melibatkan scammer ini semakin membimbangkan dan saya sendiri pernah dihubungi mereka ini.
"Dalam suatu kes scammer yang membabitkan penipuan ratusan ribu, tindakan anak mangsa berkongsi maklumat berkaitan bapanya apabila menerima panggilan memudahkan scammer memperdaya mangsa (bapa).
"Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi kepada mana-mana pihak lain yang tidak dikenali," katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Johor, pada Isnin.
Tambah Kamarul Zaman, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial turut merekodkan sebanyak 3,185 kes berkaitan scammer dilaporkan di sepanjang tempoh Januari hingga September 2023 berbanding 2,403 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.
Katanya, data berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 782 kes atau 32.5 peratus dan daripada 3,185 kes, jenayah penipuan atas talian merupakan penyumbang terbesar melibatkan 2,614 kes (82.1 peratus)
"Antara kes yang dikategorikan sebagai jenayah atas talian adalah pembelian atas talian, penipuan menerusi telefon, pelaburan tidak wujud dan tawaran pekerjaan.
"Oleh itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dari semasa ke semasa akan berusaha menyampaikan kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai.
"Pada masa yang sama, pihak JSJK juga berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Bank Negara Malaysia dalam usaha untuk mendidik masyarakat agar lebih peka akan isu jenayah semasa terutamanya membabitkan scammer," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023

Menurut Kamarul Zaman, sindiket berkenaan bukan saja mengetahui nombor telefonnya malah juga alamatnya. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.
Kim Jong Un: Siap sedia perang keutamaan utama
Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Astro One: Tawaran eksklusif untuk penjawat awam, jimat hingga RM960
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.

Amaran penipuan: Jangan percaya pautan kerajaan tanpa 'gov.my' - Teo
Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan kecuali alamatnya berakhir dengan ".gov.my."

Zizah perdaya pesara kerajaan RM229,800 sertai pelaburan tidak wujud
Zizah sering menghubungi mangsa dan sepanjang perkenalan, dia telah mengajak mangsa untuk membuat pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Komuniti MADANI perlu faham isu 3R, tangkis fitnah dan berita palsu - Fahmi
Komuniti MADANI mesti menjadi komuniti yang memahami isu melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum, serta mampu berperanan menangkis fitnah dan berita palsu berkaitan kerajaan.

Boleh pinjam RM5,000? - 'Scammer' guna nama Speaker Dewan Rakyat
Taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan beliau.

Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosial, elak jadi mangsa 'scammer'
Ahmad Faizal berkata jenayah pelaburan itu kini kian meluas apabila mangsa dijanjikan dengan pelbagai pulangan menarik dalam tempoh yang singkat.

Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan
Pastikan mereka yang terjejas banjir tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.

Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.