awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keusahawanan sosial bantu rapatkan jurang pendapatan - Musa Hitam

Bernama
Bernama
22/10/2018
21:19 MYT
Keusahawanan sosial bantu rapatkan jurang pendapatan - Musa Hitam
MUSA: Keusahawanan sosial bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan semangat kesukarelawan yang tinggi. - Gambar fail
Keusahawanan sosial (Social Entrepreneurship) berperanan membantu merapatkan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin di bandar dan di luar bandar, kata Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Tun Musa Hitam.
Beliau berkata para usahawan sosial tidak seharusnya mengharapkan bantuan kerajaan, mereka boleh bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
"Keusahawanan sosial mampu menyelesaikan masalah sosial dan seterusnya ia dapat mengurangkan jurang pendapatan rakyat Malaysia kerana kemiskinan antara penyumbang kepada masalah sosial.
"Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan semangat kesukarelawan yang tinggi kerana tiada insentif disediakan dalam bidang ini (keusahawanan sosial)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum keusahawanan sosial 'Social Enterprise: Empowering the Future' anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan WIEF dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Isnin.
Forum itu dirasmikan Timbalan Rektor UIAM (Akademik dan Jaringan Industri) Prof Dr Isarji Sarudin dan Pengarah AKEPT Prof Datuk Dr Rohana Yusof.
Forum, yang berlangsung selama dua hari itu disertai 37 pakar dari 11 negara, itu memfokuskan kepada dialog dalam sektor keusahawanan sosial dan kesannya terhadap ekonomi dunia semasa selain bertujuan mengukuhkan jaringan antara industri dan universiti.
Musa berkata apabila sesebuah organisasi melaksanakan keusahawanan sosial maka sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada masyarakat dalam pelbagai kaedah antaranya pendidikan, perkongsian pengetahuan dan kemahiran.
Pada masa sama, ia akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak pada masa hadapan, katanya.
"Berdasarkan tinjauan dalam talian yang dijalankan Yayasan Thomson Reuters pada 2016, Malaysia menduduki tempat kesembilan sebagai lokasi terbaik bagi usahawan sosial, (ini) meletakkan Malaysia dalam kedudukan tidak jauh dari Amerika Syarikat yang menduduki tempat pertama, Kanada (tempat kedua) dan United Kingdom (tempat ketiga)," kata Musa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#bantuan kerajaan
#ekonomi dunia
#insentif
#Jurang pendapatan
#keusahawanan sosial
#luar bandar
#Musa Hitam
#NGO
#peluang pekerjaan
#semangat sukarelawan
#Social Entrepreneurship
#tinjauan
#usahawan sosial
#Yayasan Thomson Reuters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan