Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kereta dipercayai milik Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang dijumpai terbakar di Hutan Melintang, Perak, dibakar dengan sengaja menggunakan petrol dan bukannya terbakar secara kemalangan.
Ahli Kimia Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Perak, Khairul Anuar Abdul Aziz, 47, berkata ini berdasarkan kesan petrol yang dikesan pada bahagian dalam dan luar kereta tersebut.
"Berdasarkan pemeriksaan dan analisis yang dilakukan, saya berpendapat bahawa kereta tersebut telah dibakar dengan sengaja menggunakan petrol sebagai bahan penggalak kebakaran.
"Sekiranya kereta tersebut terbakar secara kemalangan, kesan petrol tidak mungkin dijumpai pada bahagian kabin (dalam) kereta," katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan hari kelapan kes pembunuhan Kevin Morais.
Beliau berkata kesan kehadiran petrol itu diperoleh pada sampel yang diambilnya sendiri dari tempat duduk penumpang sebelah kanan dan kiri, tempat letak kaki pemandu dan tempat letak kaki penumpang hadapan.
Khairul Anuar, yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai ahli kimia, berkata kereta itu terbakar 100 peratus ketika pertama kali beliau melihatnya di Balai Polis Hutan Melintang, Perak pada 7 September 2015.
"Pada pengamatan kali pertama, tidak dapat dipastikan jenis kereta itu tetapi selepas membuat pemeriksaan lanjut saya mendapati ia adalah sebuah kereta Proton Perdana," katanya.
Menjawab soalan Wan Shaharuddin sama ada petrol disimbah atau dituang ke atas kereta itu, Khairul Anuar berkata beliau tidak dapat memastikannya kerana kereta itu sudah terbakar keseluruhannya.
Mengakui bahawa nombor casis dan nombor enjin bagi setiap kenderaan adalah unik, saksi pendakwaan ke-13 itu memaklumkan terdapat satu lubang pada kawasan yang kebiasaan disetemkan nombor casis pada panel belakang ruangan enjin kereta itu.
"Lubang itu saya dapati akibat daripada pemotongan panel dan dibuangkan bahagian panel tersebut. Bentuk potongan itu lebih kurang bersaiz 15 sentimeter (cm) panjang dan 5cm lebar.
"Oleh itu, saya tidak dapat melakukan pemeriksaan ke atas nombor casis tersebut," katanya, selain turut memaklumkan terdapat kesan kikisan yang dalam pada nombor enjin kereta itu sehingga ia tidak dapat dilihat dengan jelas.
Nombor enjin
Beliau bagaimanapun memaklumkan nombor enjin tersebut adalah dalam format dua barisan iaitu atas dan bawah.
"Pada barisan atas, saya dapati digit terakhir yang sebahagiannya boleh dilihat iaitu sama ada digit tiga atau lapan manakala pada barisan bawah saya dapati satu digit terakhir yang sebahagiannya boleh dilihat iaitu digit lima.
"Selepas proses elektrokimia, saya tidak menjumpai sebarang huruf atau digit
yang baharu di kawasan nombor enjin tersebut," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nizam Ahmad, 29, memaklumkan beliau pergi ke tempat kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang pada 12.50 tengah hari 5 Sept 2015 selepas mendapat maklumat mengenai kereta terbakar itu.
Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata beliau melihat sebuah kereta yang terbakar selepas melalui jalan masuk ke ladang itu, lebih kurang dua kilometer dari jalan besar Sabak Bernam-Hutan Melintang.
Menjawab soalan peguam V. Rajehgopal semasa pemeriksaan balas, Mohd Nizam berkata laporan mengenai kereta terbakar itu dibuat melalui panggilan telefon oleh orang awam yang tinggal berdekatan tempat kejadian.
Enam lelaki - G.Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kol Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.
Bernama
Tue May 03 2016
Perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais masuk hari kelapan. - Gambar fail
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
6 remaja lelaki ditahan rogol berkumpulan pelajar Tingkatan 2
Lima daripada remaja tersebut merupakan pelajar dari sekolah sama dengan mangsa, manakala seorang lagi sudah berhenti sekolah.
3 kedai sederet musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga pemilik kedai telefon melecur di bahagian muka serta tangan.
Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan
Walaupun ada yang cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut, sembunyi di semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.
Wanita maut digilis selepas motosikal bergesel tayar lori
Seorang wanita maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel dengan tayar sebuah lori.
Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri
Kesemua mereka dalam perjalanan dari Sabak Bernam melalui Hutan Melintang ke Batu Gajah untuk mencari kerja sebagai tukang kebun.
Menara komunikasi di Batu 10, Hutan Melintang terbakar
Menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi Digi yang dikongsi bersama Celcom dan Maxis di Batu 10, Hutan Melintang, terbakar dalam satu insiden pagi Jumaat.
Penuntut dikhuatiri lemas di Sungai Perak selepas selamatkan adik
Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan dihanyutkan arus deras selepas dipercayai menyelamatkan adiknya yang hampir lemas.
Lelaki melecur cuba padam kereta terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang musnah terbakar 90 peratus.
Kebocoran bahan kimia di kilang, enam mangsa dikejarkan ke hospital
Enam individu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan susulan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang membuat bebola ikan di Jalan Tepi Sungai, dekat sini pada Sabtu.
Enam bot nelayan tenggelam, 16 kru selamat
16 kru bot nelayan yang dipercayai warga Myanmar dilaporkan selamat.