PUTRAJAYA : Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan bukti dan saksi pendakwaan dalam kes melibatkan SRC International Sdn Bhd di sini pada Rabu.
Peguam, Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Rayuan di sini bahawa bukti daripada saksi ke-49 iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YAR1M), Ung Su Ling adalah "khabar angin yang tidak boleh diterima".
Dalam prosiding pada Rabu, Harvinderjit berkata, arahan pada Disember 2014 dan Februari 2015, kononnya datang daripada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias kepada Su Ling tidak pernah dihasilkan.
Malah, pihak terlibat juga mengakui mesej arahan daripada aplikasi WhatsApp itu sudah dipadam.
"Tiada dokumen utama (telefon bimbit) atau apa saja dokumen sekunder yang boleh diterima telah dihasilkan dan menunjukkan mesej WhatsApp itu datang daripada telefon bimbit.
"Ini adalah ‘khabar angin kedua’ kerana kes pendakwaan bergantung pada keterangan PW49 (Su Ling) mengenai kandungan dua mesej WhatsApp (kononnya daripada Datuk Azlin ke PW49 yang mengandungi perincian akaun Najib).
"Ia adalah untuk membuktikan bahawa butiran mengenai akaun Najib dimaklumkan kepada PW49 oleh Datuk Azlin," katanya dalam prosiding tersebut.
Harvinderjit mengatakan bahawa dalam pemeriksaan balas semasa perbicaraan, Su Ling berkata, dia telah memadam mesej dan membuang telefonnya kerana dia ingin "menghapuskan ingatan yang menyakitkan".
Peguam itu pula memaklumkan, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bergantung kepada bukti perbualan Su Ling dengan Azlin untuk menghubungkan Najib dengan pertuduhan.
Perbicaraan pada Rabu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Has Zanah Mehat.
Untuk rekod, pasukan pembelaan Najib sebelum ini juga pernah mempersoalkan saksi pendakwaan ke-42, bekas Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yasin yang didakwa telah memberikan keterangan yang bercanggah pada perbicaraan kes itu.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada Selasa berkata, Suboh telah memberikan lima keterangan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.
Ridauddin Daud
Wed Apr 07 2021

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib. - Gambar fail

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

COVID-19 | Johor tutup tiga lagi sekolah
Johor menutup tiga lagi sekolah pada Khamis. Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu akibat penularan wabak COVID-19 sebanyak 20 sekolah.

Segerakan RUU menghendap sebagai kesalahan jenayah
Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan supaya menyegerakan penggubalan rang undang-undang berhubung 'stalking' atau perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah.

Kesalahan Menghendap | Undang-undang sedia ada tidak cukup perlindungan
Peguam, Renuga Ramayah berkata, undang-undang sedia ada tidak cukup memberi perlindungan, melainkan mangsa mengalami kecederaan.

Vaksin COVID-19 | Skuad Harimau Malaya tidak potong giliran - FAM
Barisan pemain skuad kebangsaan dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak memotong giliran ketika menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya, Isnin lepas. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, kesemua 39 pemain dan baki penerima vaksin selebihnya telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Rel Berkembar | Projek Landasan Elektrik Gemas-JB 75 peratus siap
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sudah 75 peratus siap. Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction Rail Division, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, pembinaan projek itu setakat ini mengikut jadual dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Anak Keempat | TMJ dan Che Puan Khaleeda timang puteri kedua
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Rabu. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

10 Berita Pilihan - (22 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Zahid hadir ke mahkamah dipercayai beri sokongan kepada Najib, Tengku Adnan
Zahid yang tiba pada tengah hari dilihat sempat berbual dengan Tengku Adnan dan kemudian memasuki kamar mahkamah kes melibatkan Najib.

Hakim tidak berat sebelah, ikut undang-undang ketika jatuhkan hukuman kepada Najib
Tegas Sithambaram, Mohd Nazlan hanya jalankan tugas mengikut undang-undang dan berpandukan kepada bukti dan saksi yang dibawa ke mahkamah.

Belanja mewah di Hawaii dan Itali, Najib ada pengetahuan penuh baki dalam akaunnya - Sithambaram
Sithambaram berhujah, Najib sentiasa tahu berapa baki dalam akaunnya, menyebabkan bekas PM itu berani mengeluarkan cek bernilai jutaan ringgit

Rayuan Najib: Tiada bukti dana RM42 juta datang dari Raja Abdullah - Sithambaram
Sithambaram berkata, percanggahan fakta dalam keterangan tiga saksi penting, menyebabkan ada keraguan dalam isu derma politik Arab Saudi itu

Jho Low tidak berani perdaya Najib, kata Timbalan Pendakwa Raya
Sithambaram berkata, sukar untuk percaya bahawa Jho Low berada dalam kedudukan bawahan kepada Najib mempunyai keberanian untuk mengatur transaksi penipuan.

Dana SRC dipindahkan oleh 'macai' Najib: TPR
V Sithambaram berkata, ketiga-tiga mereka mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh perayu yang mempunyai kawalan 'menyeluruh' terhadap SRC.

Hujah Najib akaun banknya dimanipulasi Jho Low tidak masuk akal - Sithambaram
Sithambaram berkata, hanya Najib yang mendapat manfaat penuh dari perbuatan 'manipulasi' Jho Low itu.

Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya
Kawalan Najib ke atas SRC bukti beliau bertindak atas kapasiti peribadi, dan semua arahannya dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah syarikat.

Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan
Peguam Datuk D Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April.

Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.