Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan mengusulkan kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Beliau berkata sebaliknya kerajaan perlu meneliti semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar peratusan yang lebih rendah.
"Saya akan menyentuh beberapa perkara penting untuk diambil perhatian oleh kerajaan dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat nanti dengan mengusulkan bahawa sebenarnya tak perlu untuk dilaksanakan SST.
"Cuma mungkin boleh dilihat sistem GST dengan kadar yang lebih rendah tetapi masih boleh membawa hasil yang sama kepada kerajaan dengan sistem percukaian yang lebih cekap," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini.
BACA: SST ditetapkan pada 6 peratus bagi perkhidmatan, 10 peratus untuk jualan
Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata beliau akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangannya itu dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong nanti.
Sementara itu, Anggota Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus mengemukakan fakta-fakta berkenaan GST yang disifatkannya lebih diyakini, telus dan efisien berbanding SST.
"Saya dapat lihat reaksi umum yang kecewa bahawa harga barangan sebenarnya tidak turun walaupun selepas GST telah dikadar sifarkan.
"Umumnya harga barangan biasa ada yang naik, jadi impak dijanjikan dalam manifesto PH untuk kurangkan kos sara hidup tidak tercapai," kata bekas perdana menteri itu.
Najib berkata rakyat semakin bimbang dan curiga dengan langkah pelaksanaan semula SST kerana dijangka kebanyakan harga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata pembangkang mengambil maklum segala nasihat termasuk apa yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong terutama agar anggota Dewan menggalas tugas dengan amanah, jujur serta dedikasi.
"Kami selaku pembangkang, tidak kira daripada parti mana... yang penting ialah suara rakyat diwakili. Kami akan lakukan yang terbaik dan berikan komitmen penuh untuk memastikan aspirasi setiap rakyat Malaysia untuk mempunyai masa depan lebih baik, direalisasikan," katanya.
Kerajaan mencadangkan kadar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan di bawah SST yang akan diperkenalkan semula pada 1 Sept depan.
Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Rang Undang-undang (RUU) SST dijangka dibentangkan di Parlimen pada Ogos ini bagi menggantikan cukai GST dengan pengenalan semula SST dijangka menyumbang RM4 bilion kepada hasil kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 17 2018
Khairy berkata kerajaan perlu meneliti semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar peratusan yang lebih rendah. - Foto fail Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.