awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy belum putuskan sama ada pertahan jawatan Ketua Pemuda

Bernama
Bernama
30/07/2013
23:30 MYT
Khairy belum putuskan sama ada pertahan jawatan Ketua Pemuda
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin belum memutuskan sama ada beliau akan mempertahan jawatan pemimpin sayap parti itu pada pemilihan September ini atau sebaliknya.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau juga tidak tahu jika ada pihak yang ingin merebut jawatan berkenaan.
"Saya tidak tahu sama ada terdapat calon yang ingin bertanding merebut jawatan itu dan saya juga tidak tahu sama ada saya ingin bertanding," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda Umno di Masjid Asy-Syakirin di KLCC.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 Sept ini.
Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) pula akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Okt ini.
Sementara itu, dalam ucapannya, Khairy berkata Pemuda Umno mempelawa sesiapa sahaja untuk bertanding merebut sebarang jawatan dalam sayap berkenaan namun ia mestilah berlangsung secara harmoni dan dalam semangat kekeluargaan.
"Kita bertanding seperti adik beradik... tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita.
"Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia adalah untuk kukuhkan parti... kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi," katanya.
Beliau juga berkata jika ramai yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat sayap dan MT, ini menunjukkan Umno masih relevan dalam menjadi wadah perjuangan orang Melayu.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan