Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin akan diberikan penghormatan untuk memulakan acara perbarisan sempena perasmian Perhimpunan Agung parti, Khamis ini.
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata penghormatan itu diberikan oleh ibu pejabat sebagai penghargaan atas pertauliahan pangkat Brigadier Jeneral yang diterima Khairy dalam pasukan Askar Wataniah baru-baru ini.
"Mengambil sempena pentauliahan itu, kami bersepakat untuk memberikan satu perbarisan hormat yang akan diambil oleh Khairy bagi melakukan acara permulaan sebelum bermulanya acara-acara rasmi yang lain," katanya.
"Ia adalah antara perkara baharu yang akan dilakukan pada Perhimpunan Agung kali ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Pada 26 Okt lepas, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral, berkuat kuasa 14 Jan 2015.
Mengulas mengenai persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016, Ab Rauf berkata hampir 80 peratus persiapan telah diselesaikan bagi membolehkan PWTC menerima 5,792 anggota perwakilan parti yang bakal menghadiri perhimpunan tahunan itu.
Beliau turut menganggarkan kira-kira 500,000 pengunjung akan mengunjungi PWTC sepanjang perhimpunan yang akan bermula 29 Nov hingga 3 Dis ini. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 27 2016
Pada 26 Okt lepas, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral. - Gambar fail
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.
Kehadiran kapal persiaran mewah lonjak kemasukan pelancong ke Melaka - Ab Rauf
Pemilihan Melaka sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Melaka laksana kajian terperinci cari kaedah penambahbaikan atasi masalah banjir
Ab Rauf berkata, perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan bencana banjir berlaku tanpa dijangka.
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.