awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

Bernama
Bernama
13/10/2024
00:50 MYT
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf hadir bagi merasmikan Sambutan HSN 2024 peringkat negeri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir di Melaka, malam tadi. - Facebook Ab Rauf
MELAKA: Kerajaan Melaka komited memperkasa program pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat, selain menjadi penyumbang kepada sinergi pembangunan ekonomi melalui pemerkasaan sektor sukan yang seiring dengan perkembangan di peringkat global.
"Kerajaan negeri amat mengalu-alukan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui sambutan Hari Sukan Negara (HSN) dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya membudayakan sukan, selaras dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030).
"Justeru usaha ini perlu terus diperkasa agar kita di Melaka dapat melahirkan komuniti yang sihat dan sejahtera," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan HSN 2024 peringkat negeri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir di sini, malam tadi.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam.
Ab Rauf berkata sempena HSN 2024, lebih daripada 43 acara diadakan termasuk pelbagai sukan dan program menarik yang berlangsung serentak di ketiga-tiga daerah di Melaka.
Kira-kira 20,000 peserta memeriahkan HSN 2024 di seluruh negeri ini, yang bermula sejak pagi dengan acara kemuncak sambutan peringkat negeri diadakan pada waktu malam di lokasi tumpuan pelancong, bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Sempena sambutan HSN 2024 ini, tiga acara larian telah diadakan, iaitu Larian Ria MADANI, Night Run, dan Family Walk, melibatkan penyertaan peserta dari pelbagai peringkat usia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Hari Sukan Negara
#pembangunan sukan
#Visi Sukan Negara 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan