Dua profesional muda adalah antara yang dibawa menyertai barisan kepimpinan Pemuda UMNO pusat bagi penggal 2013-2016, yang turut menyaksikan kewujudan dua biro baharu.
Ketika mengumumkan senarai penuh barisan portfolio Exco Pemuda dan ketua serta naib Ketua Pemuda negeri di sini Rabu, ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata pelantikan profesional muda lingkungan 20-an iaitu Shahril Suffian Hamdan dan Ar Rahman Husin adalah bagi mewakili generasi muda.
"Mereka (dua exco muda) ini ialah daripada luar struktur UMNO secara tradisi walaupun mereka ini ahli tetapi tidak datang daripada jawatankuasa bahagian, cawangan dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama sayap itu selepas pemilihan parti Oktober lepas di Menara Dato' Onn, Rabu.
Dalam pada itu, Khairy berkata pengenalan dua biro baharu iaitu Perkaderan Politik serta Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup menjadikan jumlah keseluruhan biro dalam pergerakan berkenaan kini 27.
Beliau juga berkata barisan kepimpinan kali ini hanya dibarisi lima muka lama manakala selebihnya adalah muka baharu.
Beliau berkata setiap biro diletakkan KPI masing-masing agar mempunyai matlamat jelas dan dapat mencapainya dalam usaha pergerakan itu menarik minat 2.5 juta pengundi muda menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita juga ada dua matlamat, pertama PRU14 kita menang dan kita dapat sokongan padu daripada pengundi muda, termasuk yang kita dekati, bantu untuk daftar jadikan ahli, 2.5 juta pengundi baharu... kita akan cuba dekati mereka seramai mungkin.
"Yang kedua ialah proses pengkaderan sebab itu kita tubuhkan biro baharu. Pada Perhimpunan Agung lepas, Presiden (UMNO) bersetuju Pemuda menubuhkan satu akademi kepimpinan yang kita beri nama atas penghormatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pertama, Tun Hussein Onn, kita bagi nama akedemi Kapten Tun Hussein Onn, dan akademi ini akan jadi tempat di mana kita laksanakan pengkaderan.
"Kita juga mencari pemimpin masa depan UMNO daripada kalangan pemuda, mahasiswa dan profesional muda, kita akan kenal pasti mereka yang boleh dilatih untuk dibangun sebagai pemimpin masa depan," katanya.
Berikut adalah senarai biro dan pengerusinya:
1. Jawatankuasa Pengurusan: Khairul Azwan Harun
2. Penerangan:Jamawi Jaafar
3. Pendidikan Tinggi: Fathulbari Mat Jahya
4. Politik dan Pidato:Armizan Mohd Ali
5. BN dan 1Malaysia: Mohd Najib Mohd Isa
6. Pendidikan Luar Negara: Onn Hafiz Ghazi
7. Keselamatan Awam: Mua'amar Ghadafi Jaamal Haamaludin
8. Hal Ehwal Bandar dan Perumahan: Nazir Hussin Akhtar Hussin
9. Hubungan NGO: Khairul Firdaus Khan Akhbar Khan
10. Pertanian dan Asas Tani: Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad
11. Kesenian dan Kebudayaan:Jeffri Salim
12. Perkaderan Politik:Tengku Zuhri Tengku Aziz
13. Pekerja Muda:Dazma Shah Daut Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
15. Sukan: Yuzmizan Md Yunus
16. Antarabangsa: Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan
17. Sosial Etika: Mohd Iskandar Jaafar
18. Kesatria Muda: Arman Azha Abu Hanifah
19. Hal Ehwal Luar Bandar: Anuar Abdul Manap
20. Pelajaran: Mohd Rafiq Naizamohideen
21. Media Baru: Ibdillah Ishak
22. Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan : Azlan Abdullah
23. Professional Muda:Shahril Hamdan
24. Agama: Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
25. Keahlian Dan Daftar Pemilih:Kamarol Salleh
26. Aduan Komuniti: Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman
27. Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup: Mohd Ar Rahman Husin
Setiausaha Kerja : Sdr Mohd Lassim Burhan
Senarai Ketua dan Naib Ketua Pemuda Negeri:
1. Perlis
Ketua Pemuda : Syed Atif Syed Abu bakar
Naib Ketua Pemuda : Khairul Anuar Ahmad
2. Kedah
Ketua Pemuda : Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abdin
Naib Ketua Pemuda : Mahadzir Abdul Hamid
3. Pulau Pinang
Ketua Pemuda : Rafizal Abd Rahman
Naib Ketua Pemuda : Jasmin Noordin
4. Perak
Ketua Pemuda : Hairul Anwar
Naib Ketua Pemuda : Khairul Shahril
5. Selangor
Ketua Pemuda : Zuhri Zainal
Naib Ketua Pemuda : Rizuan Mahidin
6. Wilayah Persekutuan
Ketua Pemuda : Mohd Razlan
Naib Ketua Pemuda : Mohd Rafi
7. Negeri Sembilan
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Azharuddin Shujauddin
8. Melaka
Ketua Pemuda : Zali Mat Yasin
Naib Ketua Pemuda : Rohaizam Bakar
9. Johor
Ketua Pemuda : Hasrin Hashim
Naib Ketua Pemuda : Khairul Anwar
10. Pahang
Ketua Pemuda : Shahruddin Ahmad
Naib Ketua Pemuda : Ahmad Nilhakim Abd Rahman
11. Terengganu
Ketua Pemuda : Mohd Johari Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda : Dr Najmil Faiz
12. Kelantan
Ketua Pemuda : Mohammad Azam Ismail
Naib Ketua Pemuda : Eriandi Ismail
13. Sabah
Ketua Pemuda : Yamani Hafez
Naib Ketua Pemuda : Shahelmey Yahya
Bernama
Wed Nov 27 2013
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin (tengah) bersama barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada Rabu. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.
Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.
Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.
Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.
10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.
Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.
Johor kaji bina jajaran LRT di Johor Bahru - Exco
Kerajaan Negeri Johor sedang mengkaji untuk membangunkan transit aliran ringan (LRT) di Johor Bahru bagi menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya berkenaan.