KUALA LUMPUR: Keperluan untuk memberikan lebih daripada satu dos penggalak diputuskan berdasarkan kajian dan respons 'evidence-based', tegas Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan itu berkata demikian menjawab 'kemarahan' seorang pengguna media sosial berhubung kajian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan suntikan dos keempat.
Jelas Khairy, apa yang diketahui, setakat ini hanya satu dos penggalak diperlukan bagi meningkatkan ketahanan penerima terhadap COVID-19.
"Lebih dari itu, kita kaji dari masa ke semasa bila data saintifik baharu muncul.
"Yang penting respons kita ikut data yang baharu. Ini yang dimaksud respons yang evidence-based," demikian tulis Khairy dalam entri di laman Twitter, pada Ahad.
Semalam, Khairy berkata Kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan Omicron.
BACA: Omicron: KKM kaji keperluan suntikan dos penggalak keempat
Kajian itu dibuat kepada penerima vaksin Sinovac yang diberikan suntikan dos penggalak Pfizer.
Jelas Khairy, respons kementerian akan berubah mengikut kepada kesan mutasi.
Katanya, ketika vaksin COVID-19 dibangunkan, belum ada sebarang varian Delta atau Omicron dikenalpasti.
"SARS-CoV2 adalah ‘novel’ coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.
"Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun," ujarnya.
Terdahulu, Reuters melaporkan kajian mendapati penerima Sinovac dengan dos penggalak Pfizer menghasilkan tindak balas antibodi terhadap Omicron yang serupa dengan mereka yang menerima vaksin mRNA dua dos tanpa penggalak.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 02 2022

Semalam, Khairy berkata kumpulan teknikal KKM sedang mengkaji keperluan memberikan suntikan dos penggalak keempat berikutan ancaman penularan Omicron. - Gambar fail/BERNAMA

Pegawai pentadbiran Trump tersilap dedah rancangan perang AS
Seorang pegawai kanan pentadbiran Trump secara tidak sengaja membocorkan rancangan serangan ke atas Houthi dalam kumpulan pemesejan Signal, yang turut disertai seorang wartawan.
Serangan Udara Israel di Hospital Nasser, Lima Terbunuh Termasuk Pemimpin Hamas
AMARAN VIDEO INI MUNGKIN MEMBABITKAN VISUAL YANG BERBAHAYA DAN MENGERIKAN.
Rakaman dari Al Jazeera menunjukkan saat serangan udara Israel di hospital Nasser di Gaza pada Ahad yang membunuh lima orang, termasuk seorang pemimpin politik Hamas dan pakar perubatan Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu mengenai bahagian pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis.
Hamas berkata seorang anggota pejabat politiknya, Ismail Barhoum terbunuh.
#AWANInews
Rakaman dari Al Jazeera menunjukkan saat serangan udara Israel di hospital Nasser di Gaza pada Ahad yang membunuh lima orang, termasuk seorang pemimpin politik Hamas dan pakar perubatan Palestin.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu mengenai bahagian pembedahan di Hospital Nasser di Khan Younis.
Hamas berkata seorang anggota pejabat politiknya, Ismail Barhoum terbunuh.
#AWANInews
Pertumbuhan pelancongan domestik: Mampan atau sementara? - Datuk Azlie Halim
Datuk Azlie Halim, Prof Adjung UMK & Timbalan Presiden MiTDA, membincangkan isu-isu kritikal mengenai pertumbuhan pelancongan domestik di Malaysia dan strategi jangka panjang untuk mengekalkan momentum ini.

MPL Malaysia kembali 19 April dengan dua fasa playoff
Perlawanan playoff musim 15 menyaksikan fasa satu berlangsung pada 30 dan 31 Mei manakala fasa dua pada 14 dan 15 Jun.
AWANI Pagi: Risiko microsleep ketika perjalanan di musim perayaan
Ketahui punca dan risiko serta jalan penyelesaian untuk atasi keletihan dan microsleep semasa perjalanan musim perayaan ini bersama Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Madya Dr. Ts. Siti Zaharah Ishak.
Prestasi S&P 500: Sehingga 25 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Lonjakan S&P 500: Kesan tariff AS dan optimisme pasaran
S&P 500 melonjak ke paras tertinggi dalam dua minggu, dipacu oleh saham NVIDIA dan Tesla serta pendekatan tarif yang lebih berhati-hati oleh pentadbiran Trump.
Amerika Syarikat berisiko gagal bayar hutang seawal Julai
Laporan terbaru oleh penganalisis memberi amaran bahawa kerajaan AS mungkin berdepan risiko gagal membayar hutang seawal Julai jika had pinjaman tidak dinaikkan. Ketidaktentuan ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran kewangan global dan penarafan kredit negara.
Perang tarif: Malaysia antara sasaran Trump
Presiden AS Donald Trump dijangka mengecualikan tarif sektor tertentu sambil mengenakan levi timbal balik pada 2 April. Namun ada 15 negara akan dikenakan tarif termasuk Malaysia.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 25 Mac 2025
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan lewat dagangkan. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Selasa? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.

COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.

COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.

COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.