awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy ucap tahniah kepada Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2022
23:00 MYT
Khairy ucap tahniah kepada Anwar
Tangkap layar hantaran ringkas Khairy di Facebooknya pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil melahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Beliau berkata, selepas hampir seminggu Malaysia berhadapan dengan ketidaktentuan dalam pentadbiran, adalah amat penting untuk negara kini mempunyai hala tuju yang jelas.
“Walaupun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin tidak seperti yang saya harapkan, namun kepentingan negara mengatasi segalanya.
“Saya pernah menjadi anggota Kabinet dan memahami cabaran yang dihadapi oleh Perdana Menteri baharu kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya.
“Tahniah kepada DSAI dan semoga berupaya mengharungi cabaran-cabaran mendatang dengan baik,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya pada Jumaat.
Pada PRU15 lalu, Khairy yang mewakili BN untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh tewas di tangan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R Ramanan dalam persaingan membabitkan tujuh penjuru.
Ramanan memperolehi 50,943 undi dan menang dengan majoriti 2,693 undi manakala Khairy pula mendapat sokongan 48,250 undi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PM10
#Khairy Jamaluddin
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan