PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mencadangkan penyediaan satu kertas putih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membolehkan sebuah strategi ampuh dalam mengenalpasti, membangunkan, mengadaptasi dan menyatupadukan semua kecerdasan teknologi termaju ke dalam sektor pendidikan tinggi.
Menurutnya, pelaksanaan tersebut dapat menterjemahkan potensi dalam membangunkan keupayaan, inovasi dan keberkesanan sektor pengajian tinggi agar kembali diyakini serta pulih daripada defisit kepercayaan (trust deficit).
“Untuk itu, saya mencadangkan disediakan satu kertas putih tentang “A New Horizon for Science, Technology and Innovation – A Strategy for Malaysia”. Ia bertujuan menilai secara khusus dan mendalam kesan serta strategi dalam menguruskan pelbagai ‘current and future technological disruptions’ terhadap pengajaran, pembelajaran dan tata kelola institusi di bawah KPT.
“Ia akan memperhalusi kesan dan membantu kementerian merancang cara memajukan ilmu, memperkaya inovasi, mengurangkan beban pentadbiran, membantu penjimatan, melonjak pembelajaran, memacu isu ketelusan serta meneroka potensi kebitaraan baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, menurut Khaled, KPT akan turut mengemukakan cadangan pendanaan melalui kajian Separa Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan dasar baharu dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) sebagai usaha pemerkasaan bakat serta meletakkan Malaysia pada kelas tersendiri dengan kepakaran dan integiriti yang mampan.
“Di atas kesedaran ini, pemerkasaan bakat akan saya lipat gandakan melalui tiga strategi penting. Antaranya adalah menambah pelaburan dalam latihan pasca siswazah, pasca kedoktoran dan kepakaran khusus. Kerajaan akan memberi fokus kepada pembiayaan pembangunan pintar (smart development) yang bukan sekadar pembiayaan projek fizikal dalam RMK-13.
“Kita tidak mahu sektor pendidikan tinggi hanya terdiri daripada bakat yang dilatih dalam negara sahaja, bukan kerana kualiti IPT tempatan tidak baik tetapi kita memerlukan kerencaman pendedahan dan pengalaman yang hadir dari spektrum pemikiran berbeza-beza.
"Untuk menjayakan misi ini, kita akan mempelbagaikan destinasi latihan ijazah tinggi. Bukan meneruskan ketaasuban kepada sebahagian negara seperti UK (United Kingdom) dan US (Amerika Syarikat).
"Sesetengah negara Eropah bukan sahaja mempunyai sistem pendidikan tinggi terbaik tetapi yuran yang murah dan kadangkala percuma,” ujarnya.
Negara seperti Thailand, Indonesia, India, Iran, Arab Saudi, Turkiye, negara-negara Scandinavia, German, Perancis dan Portugal menjadi destinasi latihan ijazah tinggi difokuskan KPT pada masa akan datang.
Dalam pada itu, beliau berkata, sudah tiba masanya untuk operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberi nafas dan sentuhan baharu, misalnya mengkaji kesesuaian menjadikannya sebuah tabung Amanah Nasional.
Tambahnya, sudah tiba masanya negara menggunakan pendidikan percuma untuk menamatkan kemiskinan kerana kemiskinan mesti dibasmi dengan ilmu dan kemahiran, bukan bantuan sara hidup tidak berkesudahan.
“Mekanisme dan dasar ini akan dibawa ke perhatian Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan. Kita mahu mengurangkan beban hutang PTPTN, ia penting untuk memastikan kelestariannya.
“Saya juga mahu menjadikan PTPTN sebagai institusi endowmen nasional yang membolehkan semua orang dari dalam dan luar negara mempunyai ruang untuk menyumbang kepada pendanaan pendidikan tinggi negara. Selain akses dan regim pembiayaan yang lebih baik, saya juga akan memberikan perhatian khusus kepada aspek keterangkuman dalam pendidikan tinggi,” jelasnya.
Dibawah kepimpinan Khaled, kementerian memeta 11 perkara fokus dan tiga kunci utama digariskan.
Haikal Raman
Mon Jan 30 2023
Pelaksanaan itu dapat menterjemahkan potensi dalam membangunkan keupayaan, inovasi dan keberkesanan sektor pengajian tinggi agar pulih daripada defisit kepercayaan.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Khaled cadang kertas putih KPT, adaptasi teknologi termaju dalam sektor pendidikan tinggi
Ia akan memperhalusi kesan dan membantu kementerian merancang cara memajukan ilmu, memperkaya inovasi dan mengurangkan beban pentadbiran.