awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kia Picanto 1.2L (manual)

Astro Publication
Astro Publication
04/11/2014
17:20 MYT
Kia Picanto 1.2L (manual)
Kebetulan, waktu pandu uji Picanto dengan kotak gear manual ini dilakukan sewaktu saya perlu ke Melaka untuk pulang melawat ibu-bapa. Atas faktor masa, jalan dalam/jalan lama tidak digunakan, dan lebuhraya PLUS KL-Seremban dipilih. Keadaan trafik sederhana, kecuali di sekitar R&R Seremban sehinggalah susur keluar Senawang di mana ia sedikit padat.
Untuk mengimbangi kelebihan yang diambil dengan perjalanan yang (kali ini) lancar dengan penggunaan lebuhraya, saya memastikan jumlah pemanduan ditambah – sehingga petrol hampir habis – dengan keadaan pemanduan di bandar. Di atas lebuhraya, anggaran kelajuan purata adalah 100km/sj, dengan kelajuan maksima sekitar 120km/sj. Dan untuk 80% jumlah masa pemanduan (lebuhraya dan jalan urban), penumpang tambahan berjumlah 3 orang (1 dewasa, 2 kanak-kanak) termasuk kargo seperti bagasi. Keputusannya amat positif dengan OBD (on-board diagnostic) menunjukkan angka 7.2 liter untuk setiap 100km. Jarak perjalanan yang ditempuh pula adalah 462.7 kilometer, dengan jarum penunjuk tangki minyak menghampiri garisan takuk terakhir. Oleh itu ada kemungkinan jumlah perjalanan boleh dibawa ke 500km (OBD menganggarkan baki 78km bagi jumlah pemanduan yang tinggal).
Saiz tangki 35 liter
Jumlah perjalanan (pada waktu bacaan diambil) 462.7km
Bacaan OBD (pada waktu bacaan diambil) 7.2 liter / 100km
Baki mengikut OBD (pada waktu bacaan diambil) 78km
Persoalannya: Jimat minyak tak?
Jawapan: Tanpa syak, Picanto ini menjimatkan bahan api. Lebih-lebih lagi jika dilihat dari perspektif bahawa model-model Kia sebelum generasi ini tidaklah begitu meyakinkan. Inilah yang dimahukan daripada sebuah kereta kompak – cekap, seronok dipandu, dengan spesifikasi tinggi dan praktikal.
Nak tahu apa isu di sebalik dakwaan kecekapan penggunaan bahan api oleh pengeluar syarikat kereta? Pertama, tiada standard yang diterima untuk seluruh dunia. Contoh, ada standard Eropah, Amerika, Jepun, Australia, dll, dan setiap satu dengan faktor penilaian berbeza. Ditambah pula dengan kelainan skala. Contoh, unit cecair galon (Amerika) berbeza agak banyak dengan galon (UK). Isu ini ditambah pula dengan cara pihak pengeluar mendapatkan nilai penggunaan bahan api ini. Kalau nak diceritakan, sampai raya keempat pun belum tentu habis tetapi secara ringkasnya, ujian ini dilakukan di dalam keadaan terkawal,; maklumlah untuk mereka ini ujian saintifik yang memerlukan keadaan yang stabil/malar. Oleh itu, ia dibuat sebagaimana kamu lihat orang buat ujian dyno. Dan ada terma yang disebut ‘road load factor’ yang boleh sedikit sebanyak dieksploitasi oleh pihak yang membuat ujian tersebut. Dalam keadaan ini, tidak mustahil sebuah kenderaan dapat merekod penggunaan bahan api yang sangat baik. Oleh itu, objektif Jimat Minyak Tak? adalah sangat mudah (tapi tak mudah untuk dipraktikkan). Pandu kereta dengan cara yang tidak terlalu jauh daripada keadaan memandu sebenar. Contoh:
  • Tiada usaha untuk meringankan kereta. Bahkan jumlah berat tambahan diantara 30kg sehingga 90kg menjadi kebiasaan.
  • Sistem pendingin sentiasa digunakan.
  • Sentiasa mengikut kelajuan purata trafik sekitar, ataupun lebih sedikit.
  • Tekanan udara tayar mesti berada di dalam julat yang dicadangkan.
  • Selagi boleh, perjalanan mestilah lebih kepada jalan biasa (bukan lebuhraya).
  • Selagi boleh, ujian hanya merangkumi jarak satu tangki penuh, atau kurang, tanpa isian semula.
  • Selagi boleh, angka penggunaan bahan api berpandukan OBD (on-board diagnostic).
Topic Berkaitan
# jimat minyak
# manual
#Picanto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan