Kibar bendera Israel: Polis Kelantan ambil keterangan penganjur hari ini

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, proses mengambil keterangan akan berlangsung hari ini (Isnin) bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Polis Kelantan akan mengambil keterangan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).
Ringkasan AI
- Polis Kelantan akan mengambil keterangan penganjur Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza berhubung tindakan mengibarkan bendera Israel semasa lakonan semula insiden melibatkan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).
- Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana penggunaan lambang seperti bendera Israel tanpa kelulusan adalah satu kesalahan.
- Penganjur, Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia, memohon maaf dan menjelaskan bahawa pengibaran bendera itu hanyalah sebahagian daripada simulasi tanpa niat menyinggung mana-mana pihak.
Menurut beliau, sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel adalah menjadi satu kesalahan.
Sinar Harian melaporkan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu memohon maaf di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.
Menurut Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, beliau turutbersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan.
Sebelum itu tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim zionis iu.
Menurut Mohd Khairul Hafiz itu hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak. -- Sinar Harian

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami