Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: 27 peluang disia-siakan, Qatar buat Switzerland gigit jari

Qatar's Boualem Khoukhi, left, and Switzerland's Breel Embolo fight for the ball during the World Cup Group B soccer match between Qatar and Switzerland in Santa Clara, Calif., near San Francisco, Saturday, June 13, 2026. (AP Photo/Eugene Hoshiko)
Aksi Boualem Khoukhi (kiri) dan pemain lawan Breel Embolo berebut bola ketika perlawanan Kumpulan B Piala Dunia antara Qatar dan Switzerland di Santa Clara, California, dekat San Francisco, 13 Jun 2026. (Foto AP)

QATAR 1 SWITZERLAND 1

TANDUKAN deras Boualem Khoukhi pada minit ke-94 menyaksikan Qatar berjaya mengikat Switzerland 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia di San Francisco, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.

Breel Embolo meletakkan wakil Eropah tersebut di depan melalui sepakan penalti pada minit ke-17 sebelum tandukan Khoukhi meleburkan hasrat kemenangan Switzerland pada masa kecederaan.

Ia sekali gus menggagalkan harapan pasukan ranking ke-19 dunia itu meraih tiga mata penuh meskipun melancarkan 27 peluang serangan, hanya untuk enam peluang yang dicipta oleh juara Asia itu, tetapi sudah cukup menghukum Switzerland.


 

 

Tahukah anda? Sejarah baru tercatat buat Qatar apabila meraih mata pertama dalam sejarah penampilan mereka dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Sejak penganjuran pada edisi 2022, Qatar telah melakukan revolusi penting dengan memenangi Piala Asia 2023 dan membuat persiapan walaupun dibayangi konflik di Asia Barat awal tahun lalu.

Ini adalah hadiah terbaik jurulatih, Julen Lopetegui, untuk membantu Qatar selepas dipecat oleh Sepanyol pada 2018 hanya beberapa hari sebelum edisi tahun itu bermula.

Bergema stadium dengan ratusan peminat bersorak kegembiraan mencetuskan atmosfera luar biasa buat sejarah bola sepak Qatar. 
 

Must Watch Video

Advertisement