PUTRAJAYA: Semua kilang ais yang beroperasi atau menyediakan ais bagi tujuan perniagaan, perlu mendapatkan pelesenan Kementerian Kesihatan (KKM), berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 394A (4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) KKM, Norrani Eksan dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dalam syarat dan proses mendapatkan lesen, pemeriksaan ke atas kilang akan dijalankan dan pensampelan air dan ais akan dilakukan, bagi memastikan sumber air yang digunakan serta ais yang dihasilkan adalah selamat.
"Kilang ais juga wajib menjalankan pemantauan sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun. Tindakan penggantungan lesen boleh diambil, sekiranya pihak kilang gagal untuk menjalankan pemantauan sendiri," katanya.
Norrani berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), mengambil maklum isu kiub ais haram dan diragui tercemar, seperti yang dilaporkan di media baru-baru ini yang boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.
Beliau berkata, sehingga 30 Jun tahun ini, terdapat 198 kilang ais berlesen dengan KKM di seluruh negara.
"Pada tahun lepas 155 kilang ais diperiksa dengan 17 kilang diambil tindakan penguatkuasaan termasuk sembilan yang tidak berlesen, manakala dalam tempoh Januari hingga Jun 2023, sebanyak 18 pemeriksaan kilang ais telah dijalankan dan empat kilang ais telah diambil tindakan penguatkuasaan termasuk satu yang didapati tidak berlesen," katanya.
Noranni berkata, sepanjang 2022 sehingga Jun tahun ini, 993 sampel ais telah diambil untuk pemantauan dan 80 peratus didapati melanggar peraturan ditetapkan.
Beliau berkata, pemilik kilang ais yang beroperasi tanpa lesen daripada KKM boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Sepanjang 2022 sehingga Jun tahun ini, 993 sampel ais telah diambil untuk pemantauan dan 80 peratus didapati melanggar peraturan ditetapkan. - Gambar hiasan/freepik.com
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lelaki cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia kilang ais, meninggal dunia
Pekerja lelaki yang cedera parah dalam kejadian kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais pagi tadi meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK).
Gas amonia bocor: Kawasan sekitar kilang ais di Ara Damansara dibuka semula
Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, yang ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam, kini dibuka semula.
Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup akibat kebocoran gas amonia - PDRM
Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara, Selangor ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia pada malam Selasa.
Kilang ais perlu dapatkan lesen KKM
Ia berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 394A (4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Kebersihan tak memuaskan, dapur hotel tawar bufet Ramadan di Melaka diarah tutup
Tindakan diambil di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1985 dan Sekyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) berikutan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
Kilang pembuatan ais dikesan abai kemudahan penginapan pekerja
Aspek keselamatan penginapan pekerja warga asing diabaikan termasuk menjadikan ruang bawah tangki air sebagai tempat penginapan.
Gas ammonia bocor: Kilang ais diarah pindah
Kerajaan Negeri mengarahkan sebuah kilang ais yang terletak bersebelahan SMJK Chung Hwa, Klang supaya dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai.
Dua pekerja kilang ais maut, 18 cedera terhidu gas ammonia
Kedua-dua pekerja yang maut itu dipercayai terhidu terus dengan gas ammonia yang bocor dari tangki simpanan bahan ammonia ketika mereka melakukan kerja rutin.
Kilang proses ais kotor di Pulau Pinang ditutup
Sebuah kilang memproses ais di Taman Nagasari diarah tutup selama 14 hari selepas didapati mengabaikan aspek kebersihan dan gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.