Semua kilang di negeri ini yang dibenarkan meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan diminta mengemukakan maklumat pekerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata, senarai berkenaan akan memudahkan JPBNS mengenal pasti pekerja terbabit sekiranya berlaku sebarang isu berkaitan COVID-19.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak, pada masa sama menegaskan semua kilang yang dibenarkan beroperasi itu wajib mematuhi PKP.
Awang Tengah berkata demikian semasa mengadakan pemantauan ke kilang-kilang di Zon Perindustrian Bebas Samajaya di Kuching.
Turut sama mengiringi beliau, Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais.
Astro Awani
Fri Mar 27 2020

Awang Tengah (tiga dari kanan) diberi penerangan ketika melawat salah sebuah kilang yang dibenar beroperasi di Samajaya. Foto UKAS

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

Perjanjian penyelesaian komersial beri peluang lebih adil dan luas buat Sarawak
Perjanjian ini mengukuhkan lagi industri minyak dan gas demi kepentingan bilateral yang saksama antara Sarawak dan Petronas.

Sarawak bekerjasama dengan pakar Australia tangani kemerosotan industri perkayuan
Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat pakar perunding pengurusan hutan dan perhutanan global dari Australia, Margules Groome bagi membantu industri perkayuan yang merundum akibat pandemik COVID-19.

Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga, inisiatif rancakkan sektor pelancongan
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak akan membangunkan Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga.

Sarawak komited pelihara tujuh juta hektar kawasan hutan
Kerajaan Negeri Sarawak komited mengekalkan kelestarian alam sekitar dengan menetapkan tujuh juta hektar untuk sektor perhutanan menerusi Dasar Guna Tanah Negeri.

PRN Sabah: Sarawak sedia kerjasama dengan GRS
Beliau berkata, rakyat Sabah telah memberi mandat kepada GRS untuk meneruskan pimpinan dan keputusan itu harus diterima dengan hati yang terbuka.

Sambutan Hari Malaysia simbolik kesepakatan dan perpaduan - Awang Tengah
Hubungan akrab antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak memperlihatkan perjalanan yang jelas untuk memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hanya GPS mampu perjuang hak Sarawak - Awang Tengah
Awang Tengah menyifatkan hanya GPS yang mempu memperjuangkan hak negeri Sarawak yang terhakis.

Konvensyen Khas PBB: Suntikan semangat menjelang Sarawak Memilih
Konvensyen Khas PBB dikaitkan tidak dapat lari daripada spekulasi ia diadakan sebagai persiapan menuju PRN-12.

Konvensyen Khas PBB petanda Sarawak Memilih makin hampir?
Konvensyen khas PBB dilihat sebagai petanda Pilihan Raya Negeri ke-12 akan diadakan pada bila-bila masa.