awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang diserbu, 30 PATI lari bertempiaran masuk hutan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/07/2022
11:22 MYT
Kilang diserbu, 30 PATI lari bertempiaran masuk hutan
Antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah atas pelbagai kesalahan.
SUNGAI PETANI: Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) lari bertempiaran masuk ke dalam hutan sebaik menyedari kilang tempat mereka berkerja diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di Bukit Selambau, dekat sini, hari ini.
Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, serbuan menerusi Op Mahir ini dilakukan sepasukan pegawai pegawai dan anggota bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir pukul 5 petang itu berjaya menahan 114 pekerja warga asing.
“Ramai di antara pekerja bertempiaran lari masuk ke dalam hutan dan kawasan semak sebaik menyedari lokasi diserbu.
“Terdapat di antara mereka yang sanggup membahayakan diri dengan memanjat dan melompat melepasi pagar yang memisahkan kawasan kilang dan hutan bagi mengelak daripada dicekup,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Rosmaliza berkata, hasilnya seramai 114 pekerja warga asing terdiri daripada 73 lelaki dan 41 wanita warganegara China ditahan dan diperiksa.
Katanya, daripada 114 pekerja yang diperiksa, 44 daripadanya terdiri daripada 30 lelaki dan 14 wanita berusia 24 hingga 63 tahun dikesan melakukan pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan adalah dokumen perjalanan tamat tempoh tidak pulang ke negara asal dan menyalahguna pas lawatan sosial untuk bekerja,” jelas beliau.
Katanya, hasil siasatan turut mendapati kilang terbabit dimiliki seorang lelaki warga China dengan pekerjanya juga terdiri daripada penduduk negara berkenaan serta gaji mereka dibayar dari China dalam mata wang Yuan dipercayai untuk menjimatkan kos operasi.
Kes, jelas beliau, disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Selain itu, JIM turut mengeluarkan borang 29 (saman kepada saksi) masing-masing kepada pengurus dan kerani kilang bagi membantu siasatan.
Operasi ini dilakukan secara besar-besaran di sekitar Kuala Muda selepas Program Rekalibrasi Tenaga Kerja diumukan tamat tempoh bermula tengah malam tadi.
Topic Berkaitan
#30 PATI
#pendatang asing tanpa izin
#lari bertempiaran
#jabatan imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan