awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang membuat barangan plastik terbakar di Kuala Kubu Bharu

Bernama
Bernama
26/06/2017
02:12 MYT
Kilang membuat barangan plastik terbakar di Kuala Kubu Bharu
Punca kebakaran serta jumlah sebenar kerugian masih disiasat.
Sebuah kilang membuat barangan plastik musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Rasa di Kuala Kubu Bahru, dekat sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.40 petang.
"Lima jentera bersama 33 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Rawang, Bestari Jaya, Selayang dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Ketika bomba tiba, api sedang marak dengan hampir keseluruhan kilang musnah. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata sehingga pukul 7.30 malam tadi, anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran dan asap tebal boleh dilihat dari jarak satu kilometer.
Punca kebakaran serta jumlah sebenar kerugian masih disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#Mohd Sani Harul
#plastik musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan